Ini Cara Betul Nak Semak Tayar Kereta Supaya Tak Kena 'Kelentong' Dengan Mekanik
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Ini Cara Betul Nak Semak Tayar Kereta Supaya Tak Kena 'Kelentong' Dengan Mekanik

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 1, 2021
pada 7:34 AM

Ini Cara Betul Nak Semak Tayar Kereta Supaya Tak Kena 'Kelentong' Dengan Mekanik

Kalau bab nak hack internet, instagram, facebook, e-mel semuanya korang dah expert. Tapi bila sentuh tentang kereta atau cukuplah pasal tayar korang mesti fail kan? Ya memang abang mekanik yang akan uruskan tayar pancit bagai. 

Bahaya, sekurang-kurangnya korang kena ambil tahu kalau tak free-free je mereka ni nak ketuk poket korang. Cukup dengan maklumat paling basic ni, korang siap boleh jimat perbelanjaan servis kereta. 

 

 

1. "205/65/R1594H" bukan kod matrix ya = Kod Tayar Kenderaan

Ini dia maksud sebenar kod panjang lebar ni 
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam
 

2. Setiap huruf terakhir sekali ada kelajuan tersendiri


S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam

 

3. Maksud 4 angka di sisi setiap tayar

Sebagai contoh angka 0514 menunjukkan ianya tayar baru keluaran kilang pada minggu ke 5 tahun 2014. Sebenarnya takda lah rumit sangat nak faham tentang tayar ni cuma kita je pilih untuk tidak ambil tahu. 
 

Info ekstra!

Kalau korang betul-betul nak bajet perbelanjaan servis kereta untuk masa akan datang pastikan :

  • Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dibuat
  • Tayar baru yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan cuma ianya dah jadi keras sebab getah tayar dah expired
  • Kalau korang tukar tayar baharu, pastikan tahun pengeluarannya adalah yang paling latest 
  • Seandainya korang terpaksa beli tayar keluaran tahun 2013, ha pandai-pandai lah adjust mulut manis korang minta diskaun sikit