Suka Beli Baju Terpakai, Ini 4 Perkara 'Rare' Ingvar Kamprad, Pengasas IKEA Yang Jarang Dikongsikan
# Gaya Hidup

Suka Beli Baju Terpakai, Ini 4 Perkara 'Rare' Ingvar Kamprad, Pengasas IKEA Yang Jarang Dikongsikan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jun 26, 2018
pada 4:52 AM

Bila sebut je IKEA, pasti ramai yang dah terbayangkan hidangan meatball yang dijual di situ kan? Bukan tu saja, perabot-perabot yang berkonsepkan minimalis yang dijual di sana turut menjadikan IKEA sebagai sebuah tempat yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Harga pun takdelah mahal sangat. 

Di sebalik kejayaan IKEA, korang tahu tak siapa pemilik syarikat gah dan ternama ini? Pernah dengar nama Ingvar Kamprad? 

Untuk pengetahuan, IKEA ditubuhkan oleh Ingvar Kamprad di Almmhult, Sweden ketika dia berusia 17 tahun. Nama IKEA merupakan akronim bagi perkataan ‘Ingvar Kamprad, Elmtaryd, Agunnaryd’ yang merujuk kepada tempat tinggalnya.

Kamprad mula berniaga pada usia yang muda berbekalkan modal wang yang diberikan oleh ayahnya sebagai hadiah kerana prestasi akademiknya di sekolah cemerlang. Ramai yang tak tahu, keinginan Kamprad untuk memiliki wang yang sangat banyak adalah disebabkan oleh peristiwa di mana datuknya membunuh diri kerana gagal menebus ladang yang digadainya.

Antara bisnes atau pekerjaan yang pernah dilakukannya untuk mendapatkan wang yang banyak adalah:

  • Beli mancis secara pukal dan menjualnya kepada jiran dengan basikal.
  • Turut menjual barangan lain seperti ikan, benih pokok, kad Krismas, alas meja, dompet dan banyak lagi.
  • Pernah jual barangan dari bangsal dan menggunakan van susu untuk buat penghantaran.

 

4 Perkara 'Rare' Tentang Kamprad Yang Jarang Orang Tahu

 

#1 Pernah Mengatasi Kekayaan Bill Gates, Tapi Lebih Suka Hidup Seperti Orang Biasa

Siapa sangka, Kamprad hanya tinggal di rumah kecil dan memakai kereta Volvo terpakai. Menurut sumber, dia mahu muncul seperti seorang lelaki biasa, ingin menjadi sama seperti kita.

 

#2 Sangat Berjimat-Cermat

  • Lebih suka untuk terbang dalam kelas ekonomi walaupun dia sebenarnya mampu membeli sebuah jet peribadi.
  • Menginap di hotel murah ketika outstation.
  • Pernah dihalang masuk untuk menerima Businessman Of The Year Award kerana dia datang dengan menaiki bas.
  • Lebih suka makan di kedainya yang ada hidangan murah seperti makanan kegemarannya iaitu bebola daging Swedish.
  • Guna semula teh uncang yang sudah dibancuh.

 

#3 Mengidap Penyakit Dyslexia, Sukar Belajar

Kamrad seorang dyslexia dan dia mempunyai ciri yang jarang-jarang ada di kalangan orang sepertinya. Dyslexia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.

 

#4 Sangat berjimat-cermat, pakaiannya dibeli di pasar lambak saja

Korang mesti tak sangka bila tengok cara Kamprad berbelanja. Pakaiannya hanya dibeli dari pasar lambak je tau! Dia mendedahkan tabiatnya membeli pakaian terpakai dalam satu dokumentari terbitan stesen televisyen Sweden.

“Saya rasa saya tidak pernah memakai pakaian yang tidak dibeli di pasar lambak. Saya mahu tunjukkan contoh yang baik,” jelasnya kepada saluran TV4 Sweden.

Tabiat berjimat-cermat yang diamalkan olehnya menyumbang kepada kejayaan IKEA untuk menjadi salah satu jenama paling dikenali di dunia. Penjimatannya tidak terhenti pada pakaian. Ingvar juga menjelaskan dia akan cuba mendapatkan harga termurah untuk menggunting rambut.

“Saya biasanya akan memotong rambut ketika saya berada di negara membangun. Kali terakhir di Vietnam,” tambahnya.