Pengecas Tanpa Telefon, 4 Lagi Sebab Kenapa Bil Elektrik Tak Kurang Walaupun Dah Tutup!

Pengecas Tanpa Telefon, 4 Lagi Sebab Kenapa Bil Elektrik Tak Kurang Walaupun Dah Tutup!

post by Nazatul

by Nazatul

Jul 7, 2018
pada 1:36 AM

Rasanya mungkin ramai yang dah tahu atau ada yang tak peka langsung bahawa jika korang membiarkan peralatan elektrik dirumah, tenaga masih berjalan walaupun suis telah ditutup? Samada tahu atau tidak, kami yakin korang masih belum mengenalpasti jumlahh tenaga dan anggaran wang yang telah dibazirkan.

Bila korang dah tahu ini, harap lepas menggunakan peralatan elektrik dirumah, segera tanggalkan plug dari socket rumah untuk mengelakkan pembaziran. Lebih-lebih lagi bila korang, akan tinggalkan rumah dalam jangka masa yang lama.

Kami sendiri terkejut bila mengetahui jumlah Wattage (W) dan anggaran nilai yang telah dibazirkan selama ini.

1. Pengecas Tanpa Telefon, 1.2W Sehari

Wattage mungkin akan tetap berjalan lagu dan tenaga yang digunakan amatlah tinggi sewaktu mengecas telefon. Namun jika ia dibiarkan pada socket walaupun suis ditutup tenaga tetap berjalan walaupun rendah. Mungkin pembaziran tidak begitu ketara disini namun yang lain dibawah ini pasti terkejut!

2. Penala(Dekorder) TV Digital, 22W Sehari

Perasan tak yang mungkin korang malas nak tinggalkan dalam mod 'standby' setelah menggunakannya. Untuk pengetahuan korang mungkin dah bazirkan sekitar RM 94 setahun jika dibiarkan begitu sahaja. Uish RM 94 tu masih ada nilai tau!

Jadi tetapkan dalam mod 'standby' dan kalau boleh tutup terus! Tapi korang rasda tutup sahaja dah cukup? Meh tengok kat bawah ni!

3. Tak Tutup TV? 24 W Sehari! RM 107 Setahun Dibazirkan!

Haa, bayangkan jumlah Wattage yang korang dah bazirkan di penala tv ditambah lagi dengan tv yang hanya sekadar ditutup dan plug tidak dicabut, Dah RM 201 setahun terbazir begitu sahaja tau. Cuba tanggalkan, mesti akan ada penjimatan ketara dalam bil bulanan!

4. PC/ Laptop, 96W Sehari, RM 429 Setahun!

Walaupun dah di 'shut down' dan suis ditutup, tenaga masih berjalan dan jika plug ditanggalkan korang dah jimat RM 429 setahun tau! Kalu dalam mode 'standby/sleep'?  darabkan 1.5 daripada jumlah Wattage dan wang tu. Pengsan!

5. Peranti Yang Gunakan 'Timer', 108W Sehari, RM 490 Setahun!

Kalau korang pakai oven ke, microwave ke, seterika baju atau mesin basuh, tanggalkan lah plug dan korang akan jimat RM 490 setahun! Jadi,lepas gunakan unplug semula, memang leceh tapi hasilnya, macam kami katakan tadi tengok bil bulanan. Jimat yang ketara!