3 Contoh Surat Permohonan Kerja Terbaik Majikan di Malaysia Perlu Tahu
# Pengetahuan Pekerja

3 Contoh Surat Permohonan Kerja Terbaik Majikan di Malaysia Perlu Tahu

post by sofea

by sofea

Jul 20, 2023
pada 10:13 PM

Semua majikan tahu surat permohonan kerja hendaklah dilampirkan bersama dengan resume pemohon ketika mencari pekerjaan. Bukan apa, dengan adanya surat ini, majikan dapat membezakan surat itu ditulis dengan cara yang professional dalam membuat permohonan kerja.


Memanglah surat mohon kerja kosong itu adalah tunjang utama dalam meyakinkan majikan untuk baca resume, tapi pemohon tak perlu perah otak habis-habisan semata-mata untuk surat tersebut. Surat ini diibaratkan hanyalah untuk 'sapaan' memulakan perbualan.
Misalnya, jika kita ingin melakukan urusan, pasti kita akan perkenalkan nama, siapa diri kita, tujuan dan sebab untuk berurusan dengan majikan kan? Samalah macam surat ini, majikan perlu tahu perkara yang wajib sewaktu membaca surat permohonan kerja ni serta dengan resume. Lengkaplah mukaddimah, isi dan penutup untuk sesuatu permohonan kerja tu.


Sebelum admin kongsikan template dan contoh surat permohonan kerja, kat sini admin nak bagi beberapa tips umum yang majikan seeloknya elakkan jika sekiranya perkara tersebut tertulis di dalam surat permohonan. Pastikan pemohon anda betul-betul ikuti tips yang disenaraikan begitu juga dengan cara untuk menulis surat permohonan kerja supaya anda boleh pertimbangkan pemohon untuk menghadiri sesi temuduga!

Cara buat surat permohonan kerja

Terdapat beberapa perkara yang majikan perlu ambil kira sewaktu menilai surat rasmi permohonan kerja. Elakkan sekiranya:

  •  Pemohon menghantar resume tanpa surat permohonan
  •  Pemohon bincang gaji yang dinyatakan dalam iklan surat permohonan
  • Pemohon ulangi maklumat yang sedia ada dalam resume melainkan ianya secara ringkas.
  • Pemohon berikan gambaran umum tentang kualiti diri mereka dan pekerjaan yang lepas.
  • Pemohon menyatakan tugas menggunakan keupayaan mereka (perkara yang pasif dan bukan proaktif)
  • Pemohon memberikan maklumat palsu.
  • Pemohon menghantar surat atau resume salinan.

Contoh Surat Rasmi Permohonan Kerja yang majikan patut tahu

Nama Pemohon

Alamat surat menyurat

......................................................................................................

Pengurus Besar

Jabatan Sumber Manusia

Kumpulan Kembara Sdn Bhd

Lot 9, Jalan Gembira 8, Seksyen 9,

40000 Shah Alam 

Selangor Darul Ehsan                                                                       18 Mac 2016

 

Tuan/Puan

 

PERMOHONAN BAGI JAWATAN KOSONG

Saya seperti nama diatas ingin memohon jawatan yang berkaitan dengan komunikasi Massa yang ada di syarikat tuan.

Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan syarikat seperti syarikat tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dalam bidang komunikasi di Malaysia.

Disini saya sertakan bersama resume. saya amat berbesar hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Sila hubungi saya di talian .......................... atau.......................... untuk tindakan lanjut.

Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar,

............................................

Nama Pemohon

Email: namaanda@yahoo.com

Contoh Surat Permohonan Kerja Dari Graduan

Nama Pemohon

Alamat surat menyurat

No hp

Email:

Tarikh:

Tuan/Puan,

Saya ada terbaca iklan jawatan kosong mengenai jawatan kosong mengenai jawatan penganalisis kewangan dipusat kerjaya dan kaunseling di UITM. Pengalaman semasa belajar dan latihan amali melayakan saya untuk memohon jawatan ini.

Menurut iklan tersebut, pihak tuan sedang mencari individu yang boleh menjadi ketua yang mampu menyediakan analisa kuantitatif dan bekerja dalam pasukan.

Semasa cuti semester, saya menjalani latihan amali di syarikat................................ Sudah menjadi tanggungjawab saya disitu untuk mengenalpasti kesalahan didalam pengiraan dan penjadualan. Dengan menggunakan kemahiran yang didapati melalui kursus yang mana berkaitan dengan ijazah pengurusan perniagaan, saya mampu membantu dalam menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan saya. Kemahiran semasa menyertai Persatuan Pelajar di Universiti sedikit sebanyak membantu saya bekerja dalam pasukan disamping membantu antara satu sama lain jika diperlukan.

Jika diberi peluang, saya yakin bahawa saya dapat membantu syarikat tuan sebagai penganalisa kewangan dan seterusnya dapat berkongsi bersama ilmu yang saya dapat semasa didalam kelas mahupun sewaktu dilatihan amali. Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran yang ada pada saya amat bersesuaian dengan jawatan ini.

Terima kasih di atas pertimbangan pihak tuan dan jasa baik tuan amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih

Yang Benar

..................................

Nama Pemohon.

Contoh Surat Permohonan Jawatan Kosong Yang Padat dan Ringkas!

Terletak dibawah adalah contoh surat permohonan kerja yang diberikan oleh CEO Ir Meor Shamshir. Surat permohonan ini cukup simple dan padat! Susunannya juga sangat kemas yang memang diperbuat khas untuk memudahkan majikan membaca isi yang disampaikan.

Kesimpulannya, cara menulis surat permohonan kerja adalah penting untuk memastikan bahawa permohonan pekerjaan diterima dengan baik oleh majikan. Ia memerlukan pemahaman tentang format surat, isi kandungan yang sesuai dan bahasa yang sopan dan profesional. Surat permohonan kerja harus menggambarkan latar belakang, kelayakan dan minat pemohon terhadap pekerjaan yang ditawarkan. Dengan mengikuti panduan ini, pemohon akan dapat membuat surat permohonan kerja yang menjual dan menonjolkan kelebihan mereka.

 

Permohonan segera bagi jawatan kosong Digital Marketing dan Admin!