Jangan Undang Padah! Selamatkan Diri Anda Sekarang Dengan 50 Cara Ini!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Jangan Undang Padah! Selamatkan Diri Anda Sekarang Dengan 50 Cara Ini!

post by null

by Admin

Apr 21, 2016
pada 6:48 AM

Bergaji tapi tak pernah dapat menyimpan walau satu sen pun? Fuh! Bahaya ni, orang kata menabung ni penting kerana ia merupakan satu cara untuk menjamin masa depan.

Tapi, kalau hujung bulan pun wallet dah nipis, macam mana nak menabung? Cuba jujur dengan kami!

Tak tahu kan? Jadi, kami nak kongsikan 50 cara selamatkan wang anda yang dikongsi  oleh lelaki bernas ini! Cuba jangan tak cuba weh!

Sudah masuk bulan empat ni. Sepatutnya wang simpanan kau orang sudah ada 10% daripada pendapatan X 4 bulan.

Katakan gaji kau orang RM2000. Setiap bulan kau orang mesti simpan RM200. Jadi sepatutnya kau orang sudah ada RM800. Kalau lagi banyak lagi bagus. Ada ke tak de?

Tabung simpanan ini penting. Jika kau orang nak beli rumah, boleh gunakan duit tersebut sebagai duit pendahuluan.

Mungkin orang akan anggap kita kedekut sebab kita suka berjimat cermat. Sebenarnya, kedekut dengan berjimat ni lain. Jadi, jangan peduli apa orang kata. Yang penting kita tahu apa niat kita.

Kalau tak ada, ayuh selamatkan Tabung Simpanan kau orang dengan cara;

***

1. Kawal nafsu berbelanja
2. Tak perlu travel ke seluruh dunia tapi hutang sekeliling pinggang
3. Simpan duit lebihan gaji, bukan beli beg tangan baru
4. Kopi 3 in 1 pun sedap. Tak perlu kopi kat kedai kopi mahal
5. Tak payah nak mengada sangat makan kat kedai hipster setiap minggu
6. Tambahkan pendapatan
7. Belanja kurang daripada pendapatan
8. Ubah gaya hidup
9. Sediakan bajet bulanan
10. Tidak perlu belanja awek/pakwe setiap hari
11. Tidak perlu pakai baju sedondon, kasut sama dengan awek/pakwe
12. Dating dekat gerai tepi jalan elok juga, jangan asyik lepak kedai hipster
13. Jangan buat hobi yang memerlukan kos yang mahal
14. Cari hobi yang dapat menambah pendapatan
15. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
16. Beli secara tunai
17. Nikmati hiburan percuma
18. Tidak perlu pergi ke pusat membeli-belah jika tak ada niat nak beli barang. Lepak kat rumah lagi best.
19. Makan kenyang-kenyang sebelum keluar pergi beli barang
20. Sibukkan diri dengan aktiviti riadah agar tidak ke pusat membeli belah selalu
21. Banyakkan lepak di perpustakaan awam daripada lepak di pusat membeli belah
22. Bersenam di taman lagi bagus
23. Berlari di taman bukannya guna mesin
24. Berhenti merokok
25. Berhenti hisap vape


26. Diet dan jaga pemakanan
27. Guna sampai habis, pakai sampai rosak
28. Jangan tambah hutang
29. Mulalah melabur ditempat terjamin
30. Barang terpakai masih berguna
31. Tidak perlu beli baju di butik
32. Elakkan kad kredit kalau tak reti guna
33. Tudung murah pun tutup aurat juga, tak perlu tudung Freedada
34. Kereta terpakai pun sampai ke destinasi yang dituju
35. Awek bank telefon suruh buat kad kredit jangan layan
36. Tak perlu langgan siaran berbayar
37. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan
38. Tidak perlu modified kereta setiap bulan
39. Lupakan sportrim dan spoiler kereta
40. Basuh kereta sendiri
41. Guna satu phone, tak perlu banyak
42. Bawa bekal pergi kerja
43. Kurangkan makan dekat luar
44. Jimatkan penggunaan elektrik. Tutup lampu apabila tiada orang
45. Baiki paip air yang menitis/bocor
46. Amalkan tabiat guna semula
47. Banyakkan sedekah
48. Tutup data internet jika tidak guna
49. Beli barangan tempatan/sokong peniaga kecil contohnya yang jual sayur-sayuran
50. DIY. Do It Yourself. Jangan upah orang jika masih mampu melakukan sendiri

***

Mulalah menyimpan walaupun sedikit. Bukan berapa banyak menyimpan yang penting, tetapi konsisten dalam menyimpan itu lebih penting.

Umur makin meningkat, masa kian berjalan. Jadi, nak tunggu apa lagi? Ayuh mula mengorak langkah daripada sekarang.

Tiada siapa pun boleh mengubah nasib kau orang jika kau orang tak berusaha untuk berubah.

Sampai bila nak berada di takuk yang lama. Lepas tu mula la nak salahkan orang lain. Salahkan takdir. Padahal diri sendiri yang tidak bijak mencari peluang.

Kalau kau orang ada duit banyak dan duit gaji pun tak pernah habis, ikut suka hati kau orang lah nak beli apa ke, nak travel satu dunia ke. Ini tak, belum sampai gaji bulan berikutnya, duit tinggal berbelas ringgit je dalam bank. Takpun gaji hanya tinggal kenangan. Buka dompet serupa tumbuk bawang je. Banyak resit daripada duit. Kakakaka.

Tapi kau orang dekat IG up gambar makan sedap-sedap, pergi travel sana-sini. Dekat Fesbuk duk mengadu tak cukup duitlah, tak sabar nak gajilah, gaji, please be nice to me lah. Kah!

Macam mana? Ada betulnya apa yang dikatakan oleh lelaki ini. Betul tak? So, perkara yang memberi manfaat jomlah kita sama-sama sebarkan!

Sumber : Amir Syahir