3 Idea Cara 'Nego' Gaji Terbaik Masa Interview Untuk 'Jobseeker' Ikut
# Pengetahuan Interview

3 Idea Cara 'Nego' Gaji Terbaik Masa Interview Untuk 'Jobseeker' Ikut

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 25, 2019
pada 2:22 PM

Salah satu perkara yang paling genting di akhir waktu temuduga ialah, rundingan gaji dimana disinilah yang menentukan kehendak anda untuk kerja di syarikat tersebut. Kadang-kadang kita menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan sesuatu jawatan itu, namun gaji yang ditawarkan tidaklah begitu memberangsangkan.

Tapi kalau nak minta pun, jangan lah terlalu tinggi sehingga melepasi tahap piawaian yang sepatutnya lebih-lebih lagi graduan muda. Jadi, jom ikuti panduan ini, sesuai digunakan bagi mereka yang dah berpengalaman mahupaun graduan muda!

 

1. "Apa Yang Saya Boleh Lakukan Untuk Mendapat Gaji Sejumlah RMXXXX?"

Majikan akan terangkan job skop yang perlu korang lakukan, kemungkinan di luar bidang kerja asal, mungkin korang mohon kerja sebagai HR namun disuruh melakukan sedikit kerja akaun.

Ia bergantung kepada korang samada mahu terima atau pun tidak, jika mahu terima, pastikan korang buktikan kepada mereka bahawa korang boleh lakukannya dengan baik dan tunjukkan bahawa korang bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang majikan telah tetapkan. 

 

2. Ketahui 'Benefit' Yang Pekerja Boleh Terima

Cara lagi satu adalah dengan bertanyakan kelebihan yang korang akan peroleh jika bekerja disitu seandainya gaji tidak memberangsangkan (elaun, parking, kerja lebih masa). Ada segelintir syarikat yang beri gaji sedikit tetapi elaun tinggi, ada juga yang tidak memeperuntukkan apa-apa kelebihan.

Itu sebablah pentingnya untuk kita tanya, kerana ada majikan yang sengaja tidak memberitahu 'benefit' sewaktu temuduga. Kalau yang sediakan tu baguslah, kalau tak? Gigit kuku lah jawabnya, dah la kerja di KL , gaji sikit,  tak ada sebarang elaun lagi. 

 

3. Terangkan Matlamat/Sumbangan Dalam Syarikat Ini

Ini sesuai untuk mereka yang dah ada pengalaman, tunjukkan yang terbaik dalam diri korang kepada majikan berdasarkan kemahiran yang korang dah peroleh sepanjang korang kerja di tempat lama. Yelah kan, salah satu tujuan nak tukar kerja baru mestilah nak 'upgradekan' gaji kan? Kalau tak, itu bukan kerja namanya. Betul tak?

 

Tonton Video Selanjutnya Di Sini