iPhone 12 Pro Max Ini Dijual Pada Harga RM32,3777 Kerana Di Inspirasi Daripada Masjid Nabawi
# Gaya Hidup

iPhone 12 Pro Max Ini Dijual Pada Harga RM32,3777 Kerana Di Inspirasi Daripada Masjid Nabawi

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Apr 12, 2021
pada 10:12 AM

Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat lambakan produk yang disertakan dengan ciri-ciri Islamik malah iphone pun sama. Hal ini turut berkait rapat dengan jumlah permintaan produk sedemikian yang mampu meraih jualan tinggi serta menjadi buah mulut orang ramai.

Terbaharu, sebuah jenama dari Rusia yang cukup terkenal dengan menawarkan iPhone dengan ciri unik telah memperkenalkan model terbaru iaitu iPhone 12 Pro Max dengan kerangka yang diinspirasikan dari Masjid Nabawi. Selain itu, ukiran Allah dan Nabi Muhammad antara yang disertakan.

Nah! jangan terkejut tau memang nampak premium giler weh! So korang rasa berbaloi tak kalau dapat? Terutamanya pula bukan emas tipu tau.. Memang kalau pakai kalau jatuh menangis weh.

caviar_11pro_credo_medina_3_mpage

SUMBER: CAVIAR

Apa yang membuatkan kerangka ini lebih unik adalah penggunaan material emas tulen sekaligus membuatkan iPhone 12 Pro Max ini tampil lebih premium dan eksklusif.

Model yang dikhususkan buat umat Islam ini sedia ditawarkan dengan harga sehingga $7,830 (~RM32,377) buat storan 512GB. Sekiranya anda mahukan iPhone 12 Pro Max yang lebih ‘Islamik’ serta mahu tampil unik berbanding model iPhone lain, mungkin model keluaran Caviar antara yang boleh dijadikan pilihan.

Jadi kalau korang berminat untuk dapatkan boleh lah kumpul duit dulu dengan harga cecah puluhan ribu tu. Rasanya boleh beli motor mahal atau kereta axia tu. Nasihat MK jangan lah berangan kalau gaji anda sekadar RM3000 ok.

Daripada beli telefon itu lebih baik kumpul untuk deposit rumah atau kahwin. Tapi kalau duit anda banyak apa salahnya lagipun ia menginspirasi daripada masjid Nabawi.

Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.