Warga Nepal Dari Pekerja Kilang Kini Jadi Bos Dengan Pendapatan RM26,000 Sebulan
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Warga Nepal Dari Pekerja Kilang Kini Jadi Bos Dengan Pendapatan RM26,000 Sebulan

post by MJ

by MJ

Sep 18, 2022
pada 9:22 AM

Kita selalu perlekehkan pekerja-pekerja asing yang ada di Malaysia ni mungkin sebab kita fikir mereka ni tiada lulusan akademik, kerja buruh, gaji pun kecil da bermacam lagi persepsi negatif. Tapi korang tahu tak, warga asing yang memenuhi bas lokal di bandar-bandar ni ada yang bependapatan lebih tinggi daripada seorang manager?

Hey, bukan semuanya bekerja di sektor buruh tahu tak? Ada je warga asing yang memegang lulusan ijazah dan lebih tinggi lagi tetapi keadaan ekonomi yang mendesak mereka untuk merantau mencari kerja. Suren, sebagai contoh menunjukkan bagaimana dari seorang general worker dengan makan gaji boleh perolehi RM26,000 sebulan dan ada kedai makan sendiri malah mampu untuk menggajikan 6 pekerja. Ini lah dinamakan pandai mencari peluang terbuka.

"Kisah Suren, si Nepal berumur 25 tahun yang hidup di Malaysia dengan pendapatan RM26,000 sebulan"

"Yang paling terkejut beruk, bila Suren cerita pekerjaan sekarang dan jumlah pendapatannya"

"2 tahun lepas Suren ni cuma 'general worker' di sebuah kilang di Rawang"

"Modus operandi  Suren cukup bijak, dia menawarkan pada pekerja Nepal yang ada di Rawang pakej bulanan berharga RM220 untuk 2 kali sehari selama sebulan"

"Sekarang Suren sudah ada pelanggan tetap Nepal yag mengambil pakej bulanan seramai 120 orang"

"Berjaya membeli sebuah kereta proton waja RM8,000 secara tunai"

"Asalnya di Nepal cuma bekerja kampung, datang ke Malaysia sebagai pekerja kilang dan sekarang sudah bergelar pengusaha kedai makan"