Google Buat 2 Benda Ni Bagi Pekerja Tak Cabut Lari!
# Gaya Hidup

Google Buat 2 Benda Ni Bagi Pekerja Tak Cabut Lari!

post by MJ

by MJ

Oct 22, 2022
pada 4:53 PM

Setiap pekerja dibayar untuk tugasan yang mereka lakukan, namun pekerja juga adalah aset bagi setiap syarikat bagi memastikan syarikat yang dibina kekal maju. Kalau dalam setiap company tu ada pekerja yang bagus nak berhenti, maka rugi lah company tu. Salah satu cara untuk memastikan syarikat tidak kehilangan aset mereka adalah dengan menjaga kebajikan pekerja mereka. Itulah cara yang diamalkan oleh sebuah syarikat gergasi yang mengusahan enjin pencarian Internet, Google Inc. 

Semasa interview oleh wartawan, Pembantu ketua HR dekat google ni jeaskan yang mana banyak syarikat luar sana tak pandai jaga pekerja terbaik dorang. Pekerja tak akan tahan lama disebabkan dua benda ni je.

1. Memastikan Kualiti Dalam Proses Pengambilan Calon Pekerja, Bukan Cara 'Tangkap Muat'

"Sebab itu pengambilan begitu penting," katanya. Google akan menetapkan standard yang tinggi untuk pengambilan calon pekerja. Proses pengambila akan dijalankan secara berperingkat,mereka tidak bergantung hanya kepada Hiring Manager sahaja.

Tidak kira bagi apa jawatan sekalipun, sama ada calon memohon sebagai pembantu pentadbiran atau jurutera senior, setiap calon akan ditapis oleh pengurus bahagian kerja (Head Of Deparment), rakan sekerja, jawatankuasa pengambilan, dan  akhir sekali Ketua Pegawai Eksekutif Google.

2. Perasaan Pekerja Dalam Melaksanakan Tugas Perlu Membawa Makna Pada Diri Pekerja

"Orang ramai mahu melakukan lebih daripada sekadar meraih wang. Pekerja mahu melakukan sesuatu yang bermakna." Mereka ingin pencapain dalam diri mereka bukan hanya sekadar menurut perintah untuk bagai mecapai kehendak sasaran syarikat. Contohnya, mahir dalam sesuatu kemahiran, boleh mengendalikan tugas dengan penuh kualiti.

Faedah mewah yang pekerja perolehi seperti makanan percuma, perkhidmatan urut dalam bilik dan perkhidmatan pencucian kering di kampus adalah bagus namun ia bukanlah faedah utama yang Google utamakan.

"Semua faedah rahsia yang ada di di Google ini tidak mampu mengekalkan kakitangan atau menarik perhatian orang". Walaupun ada faedah sebegini (kecekapan, kemasyarakatan, dan suasana yang kondusif), beliau percaya bahawa pekerja pasti akan tetap merasakan ingin pergi jika tidak sebarang faedah dalam diri mereka.