Korang DIJAMIN Takkan Berjaya Kalau Tak Amalkan Ni Masa Bekerja!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Korang DIJAMIN Takkan Berjaya Kalau Tak Amalkan Ni Masa Bekerja!

post by MJ

by MJ

Nov 1, 2022
pada 10:31 PM

Korang DIJAMIN Takkan Berjaya Kalau Tak Amalkan Ni Masa Bekerja!

Dalam dunia pekerjaan kita semua pekerjaan ni kan, banyak benda kita boleh buat kalau nak berjaya. Bukan setakat nak menjilat je boleh berjaya. Tu cara salah tu… Cara yang betul nak berjaya dalam dunia pekerjaan adalah macam gini. Meh baca!

Korang jangan JELES dengan kejayaan kawan korang! Jangan jadi typical melayu tengok orang berjaya sikit je terus nak santau. Kalau tak santau pun jangan la ada hasad dengki ke cemburu ke. Kan rezeki masing masing. Kalau ni hari dia, korang tepuk je tangan. Nanti esok lusa dah rezeki korang, dorang pulak tepuk tangan dekat korang!

  • TOLONGLAH, jangan jangan jadi toxic kerja nak mengutuk sana sini. Harini memang lah korang best kutuk orang tu. Esok lusa orang kutuk awak pulak, nak? Tak ke tak seronok nanti nak kene cari kerja lain..

  • Kalau takde pilihan, BUAT PILIHAN. Jangan kalau dah takde hala tuju, korang give up je. Mana ada orang pergi perang lari. Dah pergi, pergi betul betul!

  • Korang kena percaya bahawa, CARA UNTUK BERJAYA tu adalah sangat penting tak kisah gagal berapa kali. Bila kita bercakap pasal kegagalan, korang kena bersedia untuk gagal beratus kali untuk jadi berjaya. Jadi, jangan malas. Bangun lah setiap kali gagal sebab setiap kegagalan tu akan ada sinar berjaya!

  • BERDISIPLIN adalah satu benda yang kena tanam dalam kepala otak kalau nak berjaya. Sebab…  cuba korang komen sebab apa kena berdisiplin? Kalau tak, takkan la dekat sekolah dorang suka suka letak cikgu disiplin…

  • COMMON SENSE Kenalah tinggi. 

  • Jadilah orang yang tak pernah rasa cukup dan sentiasa nak tambah kemahiran. Orang yang berjaya tak suka suka untuk senang berasa selesa dengan apa yang mereka dah dapat. Bagi mereka kemahiran yang mereka peroleh itu adalah peluang untuk nak dapatkan kemahiran lain. Orang yang nak berjaya akan sentiasa keluar dan mencari ilmu baru.

    Tapikan, kalau korang lihat dengan teliti, orang-orang yang berjaya ni diorang ada berkongsi beberapa sifat dan sifat yang sama. Perasan tak yang dorang ni tak sanggup nak menghadapi kelemahan, emosi yang tidak stabil, juga risiko untuk gagal secara bersendirian atau dikhayalak ramai. Dorang ni semua nak berjaya ikut apa yang mereka nak dan tidak sanggup untuk menerima sebarang kegagalan. Ini adalah cara untuk tahu jika korang ada sisi-sisi yang diperlukan untuk berjaya: