Majikan Suka Calon Yang BERPENGALAMAN Atau BERBAKAT?
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Majikan Suka Calon Yang BERPENGALAMAN Atau BERBAKAT?

post by Mas Jep

by Mas Jep

Nov 3, 2022
pada 9:02 PM

Majikan Suka Calon Yang BERPENGALAMAN Atau BERBAKAT?

Dalam dunia pencarian kerja ni memang banyak persaingan. Lagi lagi diantara orang yang dah berpengalaman, mahupun orang yang baru grad tapi sangat berbakat. Jadi bila ke temuduga tu, siapa sebenarnya majikan akan berbesar hati untuk memilih?

Biasanyalah, pekerja yang berpengalaman ni majikan suka sebab dia dah tak payah nak duduk sebelah korang ajat itu ini. Bagi guideline terus boleh buat. Ini sebab dia dah tahu apa dia perlu buat. Cuma perlukan guideline dari syarikat sahaja. Kalau jawatan tu adalah jawatan yang perlu membimbing staff yang lain, sudah sepastinya majikan akan memilih orang yang berpengalaman kerana pasti boleh membimbing dengan baik berbanding orang yang tiada pengalaman bekerja. 

Tapi jangan risau. Majikan sebenarnya akan memilih orang yang berbakat juga. Sebab orang yang tiada pengalaman pun masih ada peluang yang cerah. Ada satu situasi di mana ianya tidak apa jika tiada pengalaman langsung bila:

Majikan tu nak tambah pekerja di dalam team. Bila syarikat semakin maju pastinya staff diperlukan lebih ramai untuk mengembangkan lagi syarikat tersebut. Sebagai contoh, company memerlukan tambahan software developer untuk join team yang sudah ada 8 orang ahli, dan tambahan pula department itu sudah ada clear process dan workflow bagaimana kerja itu dilakukan. 

Dalam kes sebegini, ianya tidak apa jika calon zero-experience, kerana majikan akan cari mereka yang paling productive dan berbakat untuk join team tersebut. Pekerja yang mempunyai raw talent sebenarnya akan berikan pelbagai kelebihan. Sebagai contoh, mereka mungkin mencipta kaedah baru untuk nak selesaikan masalah, develop produk yang inovatif atau berikan perkhidmatan yang jauh lebih baik daripada pekerja yang berpengalaman. Selain itu, mereka mungkin lebih bekerja keras, taat serta mudah dilentur.

 

So? Korang antara calon majikan yang bakal dipilih tak?