Akta Kerja (Pindaan 2022) Yang Wajib Pekerja Tahu. Wajib Tahu Elak Ditindas!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Akta Kerja (Pindaan 2022) Yang Wajib Pekerja Tahu. Wajib Tahu Elak Ditindas!

post by MJ

by MJ

Nov 25, 2022
pada 1:11 PM

Akta Kerja (Pindaan 2022) Yang Wajib Pekerja Tahu. Wajib Tahu Elak Ditindas!

Untuk korang yang tak pernah ambil tahu undang undang pasal kerja. Adalah lebih baik untuk kita sentiasa ambil tahu dan peka dengan segala perkembangan terkini. Yelah, sebab ramai yang ambil lewa ni lah majikan banyak ambil kesempatan terhadap korang! 

Sebenarnya akta ini sepatutnya sudah dilaksanakan, tapi telah ditangguh sehingga 1 Januari 2023 bagi memberikan ruang kepada majikan menyediakan persediaan dengan rapi.

Akta Kerja Pindaan 2022 Adalah Seperti Dibawah

1) Waktu kerja seminggu dihadkan kepada 45 jam sahaja.

 

2) Kelayakan Cuti Bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari. Semua pekerja wanita yang bersalin tidak mengira tangga gaji dan melalui perkahwinan yang sah atau tidak, layak mendapat 98 hari dan Elaun Bersalin 98 hari.

 

3) Larangan Penamatan Wanita Hamil. Berdasarkan Pindaan Akta Kerja 1955, penamatan hanya boleh dibuat ikut 3 perkara ni:

- Langgar syarat Kontrak Kerja

- Salah Laku ( Mesti mengikuti Prosedur yang betul spt. Show Cause Letter Warning Letter)

- Syarikat tutup seperti bankrupt.

 

4. Cuti sakit dan hospitalisasi yang lebih baik

Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi adalah gabungan sebanyak 60 hari. Namun, ikut Pindaan Akta Kerja 1955, Cuti Sakit (MC) diasingkan dengan Cuti Hospitalisasi

Kelayakan Cuti Sakit berbayar 14/18/22 hari + Cuti Hospitalisasi 60 hari

 

5) Cuti Paterniti sebanyak 7 hari. 

Pekerja tersebut hendaklah bekerja dengan majikan yang sama selama 12 bulan. Cuti Paterniti ini termasuk Hari Rehat dan Hari Kelepasan Am (PH).\

 

6. Mewajibkan pihak majikan menampal notis bagi meningkatkan kesedaran berhubung Gangguan Seksual. Sebagai cth jenis gangguan seksual atau langkah2 yang perlu diambil sekiranya mendapat gangguan seksual di tempat kerja.

Nampak remeh, tapi caya lah. Berapa ramai yang kena tindas dengan majikan... Kalau nak cari kerja, Maukerja ada buat kempen besar besaran untuk korang yang tengah cari kerja. Kempen start harini weh. 

Join jelah sini - https://bit.ly/3hYvOHa