“Awak takkan berjaya” - Murid Terluka, Tunjukkan Bukti Guru Tersebut Salah
# Gaya Hidup # Trending Semasa

“Awak takkan berjaya” - Murid Terluka, Tunjukkan Bukti Guru Tersebut Salah

post by MJ

by MJ

Dec 5, 2022
pada 1:30 PM

“Awak takkan berjaya” - Murid Terluka, Tunjukkan Bukti Guru Tersebut Salah

Ayat yang akan diingati sampai bila bila buat seorang pelajar sekolah yang mana telah diucapkan ayat seperti “Awak takkan berjaya” oleh guru sendiri. Beliau dikata kan sebegitu akibat daripada kerana gagal mendapat A dalam suatu subject tersebut. 

“Mungkin dia menganggap kalam itu biasa sahaja, tetapi bagi saya, lukanya dalam.”

Selepas kejadian itu, murid ini berhasrat untuk belajar bersunggguh, hafaz al-Quran untuk buktikan bahawa dia salah. Saya tidak dapat A, dia katakan saya tidak akan berjaya. Saya minat menulis khat, saya hadiahkan untuknya ketika Hari Guru, jawabnya..

“tak ke mana jika tulis begini, akademik tak cemerlang”

Ungkapan sebegini ibarat peluru yang menusuk didada pelajar tersebut. Kemudian beliau pindah sekolah dan masuk ke maahad tahfiz untuk menghafaz al-Quran. Hafaz bersungguh. Sekali lagi, untuk buktikan bahawa dia bukan seperti yang guru tersebut katakan. 

Sampailah beliau hafaz satu ayat dari surah Yusuf, “Bersabarlah aku dengan sebaiknya”

Kemudian terdetik, sebenarnya beliau yang gagal. Gagal keluar dari terowong yang dibina atas dasar dendam kepada guru tadi. Menuntut ilmu bukan kerana Allah, tetapi kerana beritahu orang lain salah, menangkan ego kita, sedangkan itu bukan tujuan utama untuk menuntut ilmu. 

Selepas itu beliau sedar, bahawa kalam-kalam sebegitu sememangnya melemahkan beliau, bahkan sampai ke hari ini. Tetapi belau menguatkan diri dengan perbaharui niat beliau kerana Allah. 

“Saya dedikasikan tulisan ini buat semua guru yang pernah mengajar saya. Alhamdulillah, saya sudah jejaki anak tangga pertama”

Sumber - @Muzuzxck