Mak Kecewa Anak Kerja Swasta Gaji RM10,000, Tetap Nak Anak Kerja Kerajaan
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Mak Kecewa Anak Kerja Swasta Gaji RM10,000, Tetap Nak Anak Kerja Kerajaan

post by Mas Jep

by Mas Jep

Dec 13, 2022
pada 4:31 PM

Mak Kecewa Kerja Swasta Gaji RM10,000, Tetap Nak Anak Kerja Kerajaan

Bayangkan, tolak kerja kerajaan dengan gaji RM3,000 dan kerja dekat syarikat swasta dengan pendapatan mencecah RM10,000 tapi mak tak restu sebab mak nak jugak anak kerja kerajaan. Apa yang boleh dilakukan lagi? Lagi sedih bila bagi duit dekat mak tiap tiap bulan, mak transfer semula sebab kecil hati. Nak juga anak kerja kerajaan.

Admin ada terbaca satu kisah oleh seorang pemuda ni, yang mana mak dia betul betul nak anak dia kerja kerajaan sebab abang dan kakak dia kerja kerajaan.


“Salam. Saya tgh sedih sebab mak saya kecil hati dengan saya. Saya bekas pelajar bawah pinjaman boleh ubah JPA. Maksudnya kalau saya kerja bawah kerajaan pinjaman tu akan convert jadi biasiswa. Kalau kerja private kena bayar half. Saya ada pergi IV melalui SPA & berjaya dapat jawatan tersebut. Saya sudah berkerja dgn private selama 2 tahun & gaji saya basic 5k tak termasuk

side project under company. Kadang2 akan cecah 10k-17k sebulan mengikut project. Saya reject offer kerja kerajaan tu sbb gaji basic bawah 3k. Saya pergi interview sebab saya WAJIB PERGI interview SPA tu sbb saya bawah JPA. Lulus atau tak, tak bawah JPA. Lulus atau tak, tak dikira. Rasa masa interview saya dah buat bodoh2. Tak sangka dapat juga. Adik beradik saya yg lain semua kerja kerajaan, jadi mak saya nak saya kerja bawah kerajaan juga. Tp kalau saya kerja dgn gaji bawah 3k, mmg tak lepas nak bayar komitmen bulanan. Nak cut tak boleh sbb loan kan. Nak saving apatah lagi. Saya tak tahu cara nak pujuk mak mcm mana lagi. Dah beberapa bulan mak senyap je. Duit bulanan bagi mak 2k pun mak transfer balik. Hmm.”


Apa pendapat korang tentang ni, patut ke dia berhenti je kerja tu and kerja kerajaan mengikut apa kehendak mak dia. Yelah, kang ada yang cakap.. Kerja tanpa restu mak bapak ni nanti akan lagi menyusahkan.. Betul tak?