“Gen Z ni manja sangatlah, tegur sikit tak boleh, banyak kerja pun tak boleh!”
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

“Gen Z ni manja sangatlah, tegur sikit tak boleh, banyak kerja pun tak boleh!”

post by MJ

by MJ

Jan 19, 2023
pada 10:25 AM

“Gen Z ni manja sangatlah, tegur sikit tak boleh, banyak kerja pun tak boleh!”

 

Generasi Z atau lebih dikenali sebagai Gen Z merupakan golongan yang lahir selepas generasi millennial. Mereka ini dibesarkan sepenuhnya pada abad ke-21 dan banyak sangat stereotaip yang dikaitkan dengan golongan ni. Salah satunya adalah Gen Z ni dianggap manja atau pemalas. Tapi betul ke stereotaip ni?

 

Menurut kajian, tak ada bukti yang menunjukkan Gen Z lebih manja atau pemalas daripada generasi sebelumnya. Gen Z ini dikenali sebagai generasi yang lebih realistik, berfikiran proaktif dan menghargai kerja keras. Mereka juga lebih terdedah dengan tekanan ekonomi dan masalah sosial sejak kecil, berkemungkinan menjadikan mereka lebih matang dalam hal kerjaya dan kewangan.

 

Nak tahu tak kenapa Gen Z ni dilabel sebagai “pemalas” atau “manja”? Sebab mereka susah nak berenggang dengan teknologi iaitu smartphone. Dari kecil dah menghadap telefon, mana nak bergaul dengan orang sekeliling. Oleh sebab itulah mereka ini lebih suka untuk berinteraksi dengan teknologi dan ianya menyebabkan generasi sebelumnya mengaanggap mereka “pemalas”.

 

Kat tempat kerja pula, bila Gen Z ni kena marah ke or dapat kerja banyak ke, mesti mereka akan mengeluh atau merungut pada bos. Betul tak? Kalau nak tahu, Gen Z ni bukan nak complain sana sini, tapi mereka cuma nak hapuskan old culture yang ada dekat tempat kerja. Contohnya macam bila berlaku salah faham di tempat kerja, mereka akan menjadi yang pertama untuk bersuara demi hak mereka. Bukan diam dan hanya ikut je cakap bos. Kalau asyik diam je, sampai bila kita sebagai pekerja nak kena buli dengan majikan. Betul tak?

 

Apa itu Gen Z?

 

  1. Cara berfikir mereka berbeza dengan generasi sebelumnya iaitu mereka lebih up to date dalam semua perkara.
  2. Lebih realistik dalam kerja dan karier iaitu mereka lebih mengamalkan “work life balance” iaitu datang pukul 8 balik pukul 5, bukan datang pukul 8 pagi balik pukul 8. 
  3. Mereka memilih kerja dan kehidupan yang lebih fleksibel dan seimbang. Contohnya macam Gen Z ini sangat mementingkan kesejahteraan mental dan fizikal dalam kerja. Kalau stress cuti, jangan bila stress datang kerja tambah stress. Itu bukan Gen Z. 
  4. Gen Z lebih cenderung bekerja bersama team kerana dari situ mereka akan dapat sokongan dan dorongan dalam apa yang mereka lakukan. 
  5. Gen Z lebih cenderung untuk mengejar karier yang berkaitan dengan minat dan passion mereka. Mereka mahukan kerja yang bermakna dan bukan kerja yang gaji tinggi tapi tak enjoy pun masa kerja.

 

Generasi sebelum Gen Z mampu ke terima Gen Z ni?

 

Generasi sebelum Gen Z kebanyakannya masih belum boleh terima akan kehadiran Gen Z ni. Mereka sering bercanggah pendapat dan tidak boleh terima dengan pandangan yang moden daripada Gen Z. Contoh macam mereka lebih suka bekerja dengan cara lama atau cara tradisional dan tiada inisiatif untuk menggerakkan syarikat seiring dengan arus pemodenan negara.

    Bagi generasi ini, Gen Z dianggap “manja” atau “pemalas” sebab mereka tak boleh ikut cara bekerja yang telah berkurun lama mereka terapkan. Bak kata mereka, “Kiteorang dah kerja lama kat sini, so korang kena lah ikut cara kiteorang, jangan suka-suka hati je nak tukar-tukar!”. 

    Budaya ni lah yang kita nak buang, budaya dah kerja lama, aku senior kau junior dan banyak lagi. Untuk generasi ni, rasanya anda dah boleh buang mindset macam tu and cuba untuk selami jiwa Gen Z ni. Sekarang bukan zaman korang dah, sekarang zaman Gen Z. 

 

Secara keseluruhannya, Generasi Z atau Gen Z ini merupakan golongan yang unik dengan pandangan yang berbeza dalam kerja dan karier. Walaupun terdapat stereotaip yang anggap mereka sebagai “manja” atau pemalas, namun kajian menunjukkan bahawa ia tidak benar sama sekali. 

Padahal, apa yang telah diwujudkan oleh Gen Z ni banyak memberi impak positif dalam apa jua hal terutama dalam kerjaya. Gen Z ini sebenarnya lebih berminat untuk mengejar keseimbangan kerja dan kehidupan, serta mencari kerja yang memenuhi minat dan passion mereka. Bukannya mereka ni “manja” atau “pemalas”. Oleh itu, kita seharusnya tidak mengganggap stereotaip ini tanpa mengambil kira pandangan dan realiti Generasi Z itu sendiri.


Blogger : ChaCha