Dah Tau Kerja Tu SCAM kenapa APPLY Lagi? Guna cara ini untuk elak di SCAM
# Others

Dah Tau Kerja Tu SCAM kenapa APPLY Lagi? Guna cara ini untuk elak di SCAM

post by MJ

by MJ

Feb 16, 2023
pada 1:32 PM

Dah Tau Kerja Tu SCAM kenapa APPLY Lagi? Guna cara ini untuk elak di SCAM

 

Dalam keadaan ekonomi yang sukar seperti sekarang, mencari pekerjaan yang baik dan stabil boleh menjadi cabaran besar. Oleh itu, ramai orang lebih rasa terpaksa untuk memohon satu pekerjaan yang mereka tidak sukai atau kurang yakin dengan kerja itu. Salah satu jenis pekerjaan yang sering dikaitkan dengan penipuan adalah skim kerja palsu atau SCAM.

Kerja SCAM adalah sesuatu yang tidak asing bagi kita semua. Skim ini biasanya merangkumi pelbagai tawaran pekerjaan dengan gaji yang tinggi dan manfaat yang hebat, tetapi sebenarnya tawaran tersebut adalah palsu dan hanya digunakan untuk memancing mangsa yang terdesak untuk bekerja.



Antara ciri KERJA SCAM yang anda boleh tahu adalah 

 

  • Anda ditawarkan untuk bekerja serta merta tanpa melalui proses temuduga atau suai kenal - Baru hantar resume, call untuk interview Yang nie memang bahaya, dapat panggilan terus cakap anda diterima dan boleh masuk kerja.

 

  • Job Description (Syarat kelayakan dan Butiran Kerja) yang tidak jelas - Scammer akan berusaha menampilkan Syarat Kelayakan dan Butiran Kerja yang ringkas di mana hampir semua orang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan. Contohnya, Anda mestilah warganegara dan mempunyai talian internet. Butiran pekerjaan tidak memaparkan Syarat pendidikan atau pengalaman. Kesimpulannya, sekiranya butiran kerja serta syarat kelayakan samar-samar anda perlu lebih berhati-hati dengan melakukan lebih penelitian mengenai syarikat berkenaan

 

  • Tiada maklumat di Internet - Sebelum menerima tawaran pekerjaan, anda di nasihatkan untuk menyelidik latar syarikat terlebih dahulu. Sekiranya syarikat berkenaan adalah syarikat yang berdaftar anda pasti akan menemui butiran Syarikat berkenaan di laman sesawang. Awas, sekiranya tiada paparan maklumat yang dipaparkan untuk carian Syarikat berkenaan, kebarangkalian Syarikat berkenaan adalah SCAM sangat tinggi.

 

  • Diminta mendedahkan maklumat peribadi - Sesetengah SCAMMER akan meminta anda untuk mendedahkan maklumat peribadi anda seperti akaun bank, dengan modus operandi untuk memindahkan deposit. Selain itu ada juga yang menggunakan taktik meminta anda untuk melengkapkan maklumat peribadi di website tertentu.
     
  • Memaksa anda untuk membayar duit deposit untuk proses permohonan / pendaftaran masuk bekerja atau memaksa anda untuk membayar sejumlah duit untuk membeli produk mereka.  Syarikat yang sah dan berdaftar tidak akan meminta wang daripada anda. Sila berhati-hati, anda tidak perlu untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan pekerjaan tersebut kecuali jika sesuatu kerja itu memerlukan anda untuk membayar duit untuk membuat lesen certificate atau lain-lain yang mana ianya tidak ditanggung oleh majikan.
     
  • Alamat email yang amat amatur - Kebiasannya setiap syarikat akan ada alamat domain mereka sendiri yang nampak professional. Jika alamat rasmi syarikat masih menggunakan free account seperti @yahoo @hotmail @gmail, ini adalah satu petanda yang perlu anda pertimbangkan.

 

Jika ada merasakan anda jumpa kerja SCAM di applikasi Maukerja atau di laman web Maukerja anda boleh terus report seperti cara ini : 

 

1. Cari kerja mana yang anda rasa mencurigakan @ kerja yang awak ada pengalaman interview yang mencurigakan. Klik "laporkan kerja ini" 

 

Capture.PNG

2. Isikan maklumat aduan anda dan tekan Hantar. Pihak kami akan menghubungi anda melalui call/ Whatsapp untuk mendapatkan maklumat yang lebih details untuk pihak kami fahami dan bantu anda.

Sila sertakan bukti2 kukuh @ link yang berkaitan untuk memudahkan urusan pihak kami untuk menyiasat.

 

Capture4.PNG

 

Pihak Maukerja amat memandang serius akan perkara ini. Keselamatan jobseeker adalah keutamaan kami! 

 

Jika anda masih mengalami sebarang masalah, anda boleh chat kami (Isnin->Jumaat , 9am->6pm)

Atau Whatsapp nombor customer service kami 016-645 5400 untuk dapatkan bantuan atau click Whatsapp link ini -->  https://bit.ly/3N7pUOU