Mengikut Kajian 7% daripada 4,926 pekerja sambilan e-hailing adalah penjawat awam? Ehh Betul ke? Baca Disini
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Mengikut Kajian 7% daripada 4,926 pekerja sambilan e-hailing adalah penjawat awam? Ehh Betul ke? Baca Disini

post by MJ

by MJ

Feb 17, 2023
pada 6:00 PM

Mengikut Kajian 7% daripada 4,926 pekerja sambilan e-hailing adalah penjawat awam? Ehh Betul ke? Baca Disini 

 

Menurut kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kira-kira 7% daripada 4,926 pekerja sambilan e-hailing yang dikaji adalah penjawat awam.

Daripada jumlah responden tersebut, sebanyak 14.23% merupakan pekerja swasta manakala 5.60% lagi adalah mereka yang bekerja sendiri.

Kajian ini dilakukan dari 1 Mac hingga 31 Disember 2022, dan melibatkan seramai 6,657 pekerja p-hailing. Menurut DOSM, 70.35% responden menjadikan e-hailing sebagai pekerjaan utama mereka.

Walaupun begitu, kira-kira 29.65% atau hampir 4,926 orang daripada responden tidak menjadikan e-hailing sebagai pekerjaan utama.

Kajian DOSM juga mendapati bahawa 97.71% pekerja e-hailing terdiri daripada individu berumur antara 15 hingga 30 tahun. Sementara itu, 2.29% daripada responden adalah golongan warga emas yang berumur melebihi 60 tahun.

Berdasarkan tahap pendidikan, kajian DOSM menunjukkan bahawa kebanyakan pekerja e-hailing mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), atau setaraf (39.54%).

Antara responden yang dikaji, 23.24% mempunyai kelulusan diploma dan setaraf, manakala 11.79% mempunyai ijazah sarjana muda. Terdapat juga 0.21% pekerja e-hailing yang tidak bersekolah dan 0.99% lagi tidak mempunyai kelayakan akademik.

Dalam hal pendapatan, kajian menunjukkan bahawa pendapatan tertinggi pekerja e-hailing adalah antara RM1,501 hingga RM2,499 (26.78%). Manakala, 23.39% responden memperoleh pendapatan RM1,500 dan ke bawah, dan 11.67% lagi memperoleh pendapatan antara RM2,500 hingga RM3,170.

Mengenai waktu bekerja, DOSM mendapati bahawa tiga kategori tertinggi ialah 49 jam sehingga 84 jam seminggu (30.79%), 30 jam sehingga 48 jam seminggu (25.84%), dan kurang daripada 30 jam seminggu (25.42%).

Daripada segi kelayakan sosial, DOSM mendapati bahawa 72.25% responden telah mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), manakala 27.75% lagi tidak melakukan sebarang caruman.

Hanya 22.05% pekerja p-hailing mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), manakala 77.95% lagi tidak membuat sebarang caruman dengan KWSP.