Lelaki Ini Buktikan Kerja Delivery, Tapi Mampu Beli Nissan GTR
# Jenis Pekerjaan # Trending Semasa

Lelaki Ini Buktikan Kerja Delivery, Tapi Mampu Beli Nissan GTR

post by MJ

by MJ

Mar 8, 2023
pada 6:42 PM

Lelaki Ini Buktikan Kerja Delivery, Tapi Mampu Beli Nissan GTR

 

Setiap jenis pekerjaan mempunyai kesukaran dan cabarannya sendiri, namun mereka yang bekerja keras pasti akan dibalas dengan kerja keras yang konsisten.Baru-baru ini, tular seorang lelaki yang memandu Nissan GT-R di Singapura mengejutkan penonton di tiktok apabila ditanya apa pekerjaannya dan dia menjawab bahawa dia adalah pemandu delivery untuk dua syarikat delivery terkenal di Singapore iaitu lalamove dan juga grab.



Sebuah video TikTok tentang interaksi tersebut dikongsikan oleh tiktokers @koocester yang menanyakan orang yang memandu kereta mahal tentang pekerjaannya. 

Dalam klip tersebut, @koocester yangmerakam video sebagai content tiktoknya menanyakan dengan kepada pemandu kereta nissan GTR itu “ Apakah yang anda lakukan dalam kehidupan anda?” dan lelaki itu menjawab dia hanya pemandu grab dan juga penghantar lalamove. 

@koocester kemudian terus bertanya kepada lelaki itu tentang nasihat kewangan terbaik yang akan diberikan kepada seseorang yang berusia 20-an.

Lelaki itu memberitahu bahawa kita semua harus sentiasa berjimat cermat dan tidak hanya membelanjakan wang yang diperoleh dengan usaha susah senang kita itu. Kemudian, video itu menunjukkan bahagian di mana pemandu itu ditanya sama ada dia benar-benar seorang pemandu delivery.

Sebagai jawapan, pemandu itu berkata, "Lalamove".

Koocester kemudian bertanya lagi, "Tetapi bagaimana anda mampu membeli GT-R", dan lelaki itu menjawab, "Anda perlu berjimat cermat, serius. Anda boleh berjimat banyak wang".

Dia kemudian sedar bahawa pemandu itu sedang memunggah barang dari bonet kereta ketika sedang membuat penghantaran.

Tanggapan dan reaksi netizen terhadap video tersebut berbeza, sesetengah pengguna menyatakan kagum mereka, manakala yang lain lebih skeptikal kerana tidak percaya dengan hanya kerja sebagai rider delivery mampu untuk membeli kereta semahal itu. 


 

Kalau korang berminat dengan kerja untuk FRESH GRAD GAJI SEHINGGA RM3,000 yang lain. Boleh KLIK DISINI tau! 

Ada lebih 1000+ Kerja Kosong Fresh Grad untuk korang !! KLIK DISINI