Dikenakan tindakan disiplin kerana memakai seluar pendek dan menonton youtube ketika bekerja? Fresh Grad ini Marah HR!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Dikenakan tindakan disiplin kerana memakai seluar pendek dan menonton youtube ketika bekerja? Fresh Grad ini Marah HR!

post by MJ

by MJ

Mar 8, 2023
pada 6:25 PM

Dikenakan tindakan disiplin kerana memakai seluar pendek dan menonton youtube ketika bekerja? Fresh Grad ini Marah HR!


Melalui sebuah artikel luahan jobseeker di sebuah page Facebook 988. Seorang pekerja dilihat meluah perasaan tidak puas hati beliau terhadap HR di syarikat beliau kerana beliau dikenakan tindakan disiplin atas sebab memakai seluar pendek dan juga menonton video youtube di pejabat. 

 


Sebilangan syarikat membenarkan pekerja mereka berpakaian kasual semasa bekerja, tetapi tentunya terdapat had bagi kod pakaian di tempat kerja. Seorang lelaki Malaysia baru-baru ini mengkritik HR di tempat kerjanya kerana memanggilnya ke bilik untuk urusan disiplin apabila dia datang bekerja dengan memakai seluar pendek. Lelaki itu, yang baru sahaja tamat pengajian mengatakan bahawa dia menerima pekerjaan yang menawarkan gaji bulanan sebanyak RM3,000, dan mendedahkan bahawa HR memberitahunya 2 perkara ketika bekerja disitu iaitu boleh berpakaian kasual dan Tidak memerlukan pekerja untuk bekerja lebih masa (Overtime) 

 


Pada hari pertama kerjanya, lelaki itu memakai T-shirt dan seluar pendek yang melepasi paras lutut. HR kemudian memberitahunya untuk lebih serius tentang imejnya di tempat kerja, yang mana dia bersetuju tetapi rasa tidak berpuas hati atas teguran HR itu.

Beberapa minggu kemudian, lelaki itu sedang mononton YouTube di telefonnya. Dia mempunyai sedikit masa lapang kerana dia berkata, "bos saya tidak memberikan banyak kerja kepada saya". HR sekali lagi memanggilnya ke pejabat dan membicarakan tentang sifat beliau yang pemalas, yang mana dia tidak bersetuju dengan HR itu.

"Hello, apa yang sepatutnya saya lakukan? Adakah anda mengharapkan saya untuk bertanya satu persatu jika ada sesuatu yang perlu saya lakukan?"

Melalui posting itu juga, beliau meluahkan bukan hanya HR yang teruk malah rakan sekerjanya nya juga membuatkan beliau tidak puas hati. Beliau mengatakan bahawa dia lebih suka kafe tetapi kebanyakan rakan sepejabatnya akan memilih gerai Kopitiam yang panas dan tidak sejuk

"Kopitiam sangat panas! Dan mereka membincangkan mengenai kerja semasa makan tengah hari?"

Dia mengatakan bahawa dia hanya akan diam semasa makan tengah hari dan tidak bercakap bersama rakan sepejabatnya.

Dia juga mengadu tentang bagaimana pekerja di syarikat itu tidak mempunyai work life balance kerana pekerja di syarikat itu tidak pulang tepat pada waktu bekerja. 


 

Kalau korang berminat dengan kerja untuk FRESH GRAD GAJI SEHINGGA RM3,000 yang lain. Boleh KLIK DISINI tau! 

Ada lebih 1000+ Kerja Kosong Fresh Grad untuk korang !! KLIK DISINI