Semak Balik Resume Korang, Buang 8 Isi Kandungan ni!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Semak Balik Resume Korang, Buang 8 Isi Kandungan ni!

post by MJ

by MJ

Mar 22, 2023
pada 11:34 AM

Semak Balik Resume Korang, Buang 8 Isi Kandungan ni!

Korang tahu tak purata masa yang recruiter perlukan untuk tengok resume korang ialah 6 saat je? Sekali pandang je dah tahu calon tu layak atau tidak untuk datang interview atau peringkat seterusnya. Jadi, korang kena pastikan resume korang ringkas dan padat! Letak informasi yang penting je, kalau resume serabut sangat anggap je lah masuk tong sampah semua!

 

Tapi semua macam penting kan? Tak juga, recruiter nak tengok beberapa maklumat asas je dulu, nak tengok kelayakan untuk posisi yang dimohon. Kalau lulus ikut requirement yang diorang nak, barulah boleh tanya details lebih lanjut semasa interview nanti. Dekat sana boleh lah berborak panjang lagi.

 

Jadi, cuba semak balik resume korang. Ini min senaraikan apa benda yang korang boleh buang supaya resume korang kemas dan mantap!

1. Objektif

Memang semua dah tahu objektifnya memang nak dapat kerja, kalau tidak tak adanya kita nak hantar resume bagai. Selalunya kalau nak ringkasan tentang pengalaman, kelayakan, dan diri calon kita letak dibawah section “About Me” atau kalau nak details sedikit kita tulis dekat cover letter untuk dikepil bersama resume. So, tak payahlah bazir ruang resume yang kecil tu ya, buang je bahagian ni

 

2. Nombor Telefon Extra

Kalau ada dua nombor telefon sekalipun letak je lah satu. Nanti recruiter tu pening nak call yang mana satu. Itu dah kira menyusahkan dan membazirkan masa diorang!

 

3. Email Syarikat

Jangan buat recruiter sakit jantung dengan alamat email korang! Pastikan korang letak alamat email yang profesional, bukan nama samaran zaman sekolah rendah ataupun lagi teruk, email company lama bagi! Kalau benda seremeh itu pun boleh terlepas pandang, memang awal - awal lagi kena reject dik oiiii….

 

4. Pengalaman Kerja Tak Relevan

Kerja sebagai pembantu restoran, promoter kedai baju, jaga kaunter di kedai handphone masa lepas habis sekolah tu sebenarnya tak perlu letak kalau bidang kerjaya yang diminta tu tiada kaitan. Recruiter nak tengok pengalaman kerja yang paling latest dan berkaitan dengan jawatan yang dimohon. Baru lah mereka tahu kita ni boleh buat kerja apa dan sebagainya.

 

5. Ayat Terlalu Bombastic

Ini bukan masanya nak tunjuk kita ni pakar bahasa, dapat BM BI A+ masa SPM ya. Tak perlulah guna ayat bunga - bunga, yang penting straight to the point dan orang faham apa yang kita cuba sampaikan. Kalau terlalu hebat sampai recruiter tak faham nanti kantoi juga semasa temuduga kalau kita sebenarnya tak fasih berbahasa.

 

6. Hobi Masa Lapang

Walaupun hobi dapat memberi bayangan tentang personaliti dan minat kita, informasi ini tak membantu pun dalam proses pengambilan pekerja. Kalau nak join band company ke, team futsal ke, itu boleh bincang semasa interview atau lebih baik bila sudah diambil bekerja. Paling penting, kena tunjuk kita boleh buat kerja dulu.

 

7. Terlalu Banyak Soft Skills

Good communication, teamwork, leadership ini bagus tapi ia sepatutnya menjadi kemahiran asas untuk semua orang. Kalau nak tulis pun kena bukti sokongan seperti pencapaian kita sewaktu di syarikat sebelumnya sebab semua orang boleh tulis mereka bagus, tapi bila ditemuduga, tak pandai bercakap dan tak ada ciri - ciri pemimpin pun.

 

8. Akaun Social Media

Ini ibarat buka pekung sendiri. Janganlah kita nak dedah kehidupan peribadi kita kepada bakal majikan kerana ia boleh memberikan first impression yang tidak baik. Maklumlah personaliti kita sewaktu bekerja dan diluar tak semestinya sama dan mungkin ada benda yang kita lebih suka untuk simpan daripada tontonan umum.

 

Kesimpulannya, pastikan resume anda tak ada 8 perkara ni supaya bakal majikan korang senang hati nak tengok dan baca. Barulah dapat kerja!

 

Buat yang dalam proses mencari kerja tu jemput join group Telegram kami, [TEKAN SINI], kita bagi bermacam macam kerja kosong setiap hari dari 10 pagi sehingga 10 malam. Boleh pilih - pilih yang mana sesuai dan berkenan di hati!