''Kau Boleh Kekal Memilih Kerja Tapi Bila Orang Lain Senang, Kau Tak Boleh Complain'' - Bob Super Sunday
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

''Kau Boleh Kekal Memilih Kerja Tapi Bila Orang Lain Senang, Kau Tak Boleh Complain'' - Bob Super Sunday

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 22, 2020
pada 10:44 PM

''Kalau nak berjaya, kau kena kerja keras dalam jangka masa yang panjang.'' - Bob Super Sunday

 

Supersunday merupakan satu brand lokal yang berjaya menarik minat pelbagai golongan terutama sekali golongan anak muda. Corak rekaan yang seiring dengan trend semasa menjadikan Super Sunday antara brand yang sering disebut-sebutkan sehingga ke hari ini. Tambahan lagi, brand ini juga pernah dinobatkan sebagai "Best New Designer" di KL Fashion Week. Wow, satu pencapaian yang baik bagi brand jenama lokal!

Team Maukerja sempat menyingkap kisah di sebalik perjalanan brand lokal terkenal ini dengan foundernya sendiri yang lebih mesra dipanggil sebagai Bob. Ikuti sesi temubual dari segi latar belakang bagaimana tertubuhnya Super Sunday, jatuh bangun dan pengalaman sepanjang mengendalikan brand tersebut. Semoga kisah Bob Super Sunday dapat memberi inspirasi buat pembaca Maukerja di luar sana.

 

Sejarah awal penubuhan 

Aku dikenali sebagai Bob dan merupakan director untuk Sunday Store. To be honest, aku punya background study tak tinggi. Pendidikan terakhir aku hanyalah Tingkatan 5 dan tak pernah sambung mana-mana pengajian lain. Tertubuhnya Super Sunday ni bila ada satu masa tu aku ada keinginan untuk buat multi level store untuk independent artist. Permulaannya kami dapat buka space dalam 50 brand artis indie untuk jual di kedai kita. Daripada multi level store akhirnya kami dapat tubuhkan brand kami sendiri. 

 

Pengalaman hidup

Dulu aku hidup dalam family yang besar, sampaikan aku pernah pinjam beras untuk makan sekeluarga. Bagi aku, tak semua orang merasai apa yang aku rasa terutama sekali kalau kau memang lahir dari keluarga senang. Aku dah pernah buat macam-macam kerja. Bila kau dah go thru macam-macam kerja, kau dah tak rasa penat dah. Itulah perkara yang aku rasa tak ramai orang yang appreciate dengan kerja yang diorang ada. 

Sebab tu lah orang dulu-dulu takde isu macam susah dapat kerja dan sebagainya. Orang dulu-dulu jenis yang sangat appreciate kerja yang diorang ada. Mereka sanggup lalui kesusahan sewaktu bekerja sebab mereka sayangkan kerja masing-masing. 

 

''Job seeker sekarang susah dapat kerja. Setuju?''

Orang sekarang terlalu memilih kerja sebab mereka mudah terinspirasi. Mereka terlalu taksub untuk ikut dream yang mereka mahukan. Bagi aku, tak sepatutnya mereka memilih pekerjaan sebab manusia semuanya patut bekerja tak kira apa kerja sekalipun supaya kita dapat gerakkan ekonomi dan memperbaiki kehidupan kita. Bagi yang memilih kerja ni, kau boleh kekal memilih kerja tapi bila orang lain senang, kau tak boleh complain. 

 

Nasihat untuk job seeker & anak muda di luar sana

Nasihat aku, korang kena bersikap terbuka dengan life. Life is pain. Hidup ni ada senang, ada susah. Tapi sejauh mana kau boleh terima susahnya? Kalau nak berjaya, kau kena kerja keras dalam masa yang panjang. Pegang dua ni je, kena konsisten dan kerja keras. 

 

Tonton video penuh: