Doktor Dedah 4 Trick Dapatkan MC
# Pengetahuan Pekerja

Doktor Dedah 4 Trick Dapatkan MC

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 9, 2022
pada 10:08 AM

Seperti artikel sebelum ini, MC atau dikenali sebagai Medical Sickness Certificate adalah antara cuti wajib diberikan oleh majikan, tertakluk kepada Akta Kerja 1955. BACA SINI

Jangan takpercaya, ada dalam kalangan kita merupakan “MC Seeker”. “MC Seeker”  merujuk kepada mereka yang suka menyalah gunakan MC sebagai tiket untuk mereka bercuti atau mengambil cuti secara tiba-tiba. Sehinggakan apabila sepatutnya MC itu digunakan, ianya menjadi satu spekulasi pula bagi pihak majikan. 

 

Untuk pengetahuan korang, MC sepatutnya digunakan pada masa-masa jika seseorang mengalami masalah kesihatan yang membuatkan mereka tidak mampu untuk melakukan tugas atau hadir ke pejabat. Contohnya, demam, stress di tempat kerja sehingga menjejaskan kesihatan, period pain dan sebagainya.

Bagi doktor ini, “MC Seeker” selalunya apabila seorang yang setelah diperiksa dan didapati kesihatannya memuaskan dan layak untuk ke tempat kerja, tetapi masih mahukan MC.

Ada juga situasi “MC Seeker” terus mengamuk apabila doktor tidak dapat memberi MC diatas sebab keputusan pemeriksaan adalah memuaskan.

Pendedahan Doktor mengenai Trick oleh “MC Seeker” 

Tidak Mahu “Prodesur”
Selalunya “MC Seeker” ini, bila datang dengan hajat tersendiri, automatik dia beranggapan nak settle cepat-cepat. Orang ini akan menolak prosedur yang disarankan dengan pelbagai alasan.

Contohnya: 
“Doktor, saya datang ini sebab batuk kuat, sampai berdarah dan berkahak!”
“Kalau macamtu saya minta untuk ambil sampel darah, sampel kahak dan melakukan x-ray.”
“Eh takpelah doktor, saya datang nak ambil ubat je. Oh ye, MC jugak ye doktor.”

 

Bawak Bodyguard
Fuhh..yang jenis ini sedikit mencabar. Kebanyakan kes nak MC, selalunya datang sorangkan. Sebab dia tahu kat luar klinik, dia sihat je. Segan nak berlakon depan doktor.
Tapi bagi jenis ini, biasanya jenis berpakat dengan membawa teman takkisahlah girlfriend/boyfriend, mak atau kawan. Bila kita (doktor) kata “sakit encik/puan tak perlukan MC” yang jadi bodyguard ni akan tiba-tiba berubah menjadi lawyer pesakit.
“Punya tak larat dia kat umah, doktor kata tak boleh MC?”
“Habis macam mana dia nak pergi kerja?”
“Bulan lepas saya bawak anak saya seorang lagi, boleh je dapat MC?”

 

“Boss suruh mintak”
Orang seperti ini selalu meletakkan doktor dalam situasi serba salah.
“Tapi saya memang tak datang kerja hari ini. Bila bagitahu supervisor, dia suruh mintak MC!”
Selalunya saya (doktor) malas nak bertekak dengan pesakit dan jawab dengan jujur sahaja - “Kalau begitu, mintalah MC dengan supervisor awak.”

Kita kena faham, dalam mana-mana perkhidmatan awam atau swasta, soal cuti adalah antara majikan dan pekerja dan TIDAK melibatkan doktor.
Korang sepatutnya mendapatkan pengesahan doktor (MC) dahulu, kemudian barulah berbincang dengan majikan. Ini kerana, hak member cuti terletak kepada majikan. Kalau doktor mengesahkan korang sihat, tetapi korang sudah “bercuti” pada hari tersebut, korang kenalah bincang dengan majikan. Doktor hanya boleh berikan time slip.
MC bukanlah cuti semata. Cuti rehat, cuti kecemasan, cuti tanpa rekod pun ada. Kalau korang datang klilnik pada malam hari, minta MC tapi doktor takbagi, terpaksalah tukar cuti korang menjadi cuti tanpa rekod/gaji. Korang takboleh nak desak doktor bagi MC juga atas alasan “taknak cuti kena potong”.

Satu lagi korang kena ingat, doktor beri MC atas faktor kesihatan pesakit. Bukannya faktor berapa baki cuti rehat korang.

 

Pelakon terhebat
Memang sesetengah klinik dilengkapi sistem CCTV yang mana doktor didalamnya boleh melihat gerak geri pesakit di ruangan menunggu melalui komputer.

Pesakit jenis ini seringkali menggayakan aksi berlebihan. Contohnya di ruangan menunggu rileks sahaja sambil melihat telefon dan berbual. Apabila masuk ke bilik doktor, batuknya mengalahkan orang asma. Gaya berjalan serta-merta menjadi tidak normal, tangan yang tadi mesra bermain telefon beralih memegang perut atau kepala menunjukkan sedang kesakitan.

Kadang-kadang doktor tidak tengok pun, tetapi jururawat akan mengadu. “Kesian doktor, macamtu je kena tipu” luah doktor itu lagi.

 

Perkongsian sebegini hanya sekadar pengetahuan am sahaja. Bagi mereka yang betul-betul tidak sihat, doktor tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan MC. Bahkan doktor sendiri yang akan keluarkan MC apabila mendapati kesihatan pesakit akan terjejas jika terus bekerja. Jika korang selalu MC jer kat tempat kerja tu mungkin korang boleh cuba cari kerja baru. Korang tahu tak sekarang ni Kerja Boleh Cari Kita. Korang hanya perlu Drop Resume disini. Bayangkan satu resume dihantar ke beribu majikan yang berminat. So jom Drop Resume Disini


Korang juga perlu ingat, walaupun kuota MC disediakan tetapi jika MC terlalu kerap boleh menyebabkan majikan akan menyiasat lanjut dan jika mendapati kecurigaan tindakan seperti “warning letter” akan di ambil. Salah guna MC juga boleh dikategorikan sebagai kesalahan rasuah! -MJ