Dari Seorang Cleaner Tandas, Kini CEO Berjaya Di Usia 26 Tahun. Memang SugarBOMB!
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Dari Seorang Cleaner Tandas, Kini CEO Berjaya Di Usia 26 Tahun. Memang SugarBOMB!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 14, 2021
pada 7:58 PM

Edisi #MAUSEMBANG kali kami temu bual secara eksklusif dengan seorang graduan luar Negara yang berkongsi  saat perit getir tempuhi zaman lepas graduasi yang gelap. Pernah hampir 10 company reject permohonan kerjanya tetapi  itu bukan penghalang untuk dirinya tidak berjaya dalam landasan kerjaya yang berbeza. Kisah inspirasi ini dikongsi untuk anda semua. Dari Seorang Cleaner Tandas, Kini CEO Berjaya Di Usia 26 Tahun. Memang SugarBOMB!

Ketika team kami melangkah masuk ke pejabat Azhari Rosli atau lebih senang di sapa Ayie ternyata terpancar nilai kegigihan pada raut wajahnya. Siapa sangka jejaka yang berusia 26 tahun ini miliki 3 tingkat pusat operasi minyak wangi miliknya sendiri.

Ketika kami bertanya kepada Ayie mengenai latar belakang pendidikannya. Siapa sangka dengan usia yang masih hijau dia merupakan seorang graduan kelulusan Masters dari University of Bristol, United Kingdom.

 

"Banyak pengalaman yang saya dapat ketika belajar di luar Negara. Melihat perbezaan budaya membuat saya buka mata bahawa kejayaan itu bukan hanya sekadar kita angkat tangan memanjatkan berdoa semata-mata. Malah usaha yang gigih juga perlu selari. Insha-allah, segala berkat doa dan usah  kita terbalas suatu nanti…”

Sebelum cerita lebih lanjut kami sempat bertanya mengenai pengalaman belajar di luar Negara. Apa yang memeranjatkan kami bila Ayie menceritakan pengalaman sebagai graduan di sana mungkin buat kita rasa mahu tabik dengan semangat kuat lelaki ini  

 

Pernah bekerja sebagai seorang cleaner

“Ketika di United Kingdom tahun lepas saya juga pernah bekerja sebagai seorang cleaner di salah sebuah organisasi d sana. Mencuci pejabat, tandas, ruang legar bangunan dan keseluruhan kawasan wisma tersebut adalah KPI saya ketika  itu. Saya harus pastikan semua nya bersih dan berjaga. 

"Setelah habis waktu kuliah saya bergegas menyiapkan diri untuk bekerja. Sudah lumrah kita berada di negara orang, kos sara hidup di sana juga tinggi. Sebagai seorang perantau yang menuntut ilmu saya juga tak nak menyusahkan ibu bapa" 

Secara tidak langsung ia membantu saya merasa sendiri  bila kita berada di bawah dan bekerja sebagai status yang di pandang rendah oleh masyarakat. Dari situ saya belajar bagaimana untuk hadapi pandangan masyarakat mengenai kerja sebagai cleaner. 

Tiada yang hina, buruk mahupun sebaliknya. Cleaner juga penting dalam sesebuah organisasi.

 

Pandangan Ayie mengenai graduan yang masih tiada kerja. Ini jawapan dia…

 “Sijil, Diploma, Ijazah mahupun Master atau PHD bukanlah ukuran sebenar seseorang itu di gelar berjaya dalam hidupnya, saya yakin ramai lagi graduan di luar sana yang masih menganggur. Pokok pangkalnya adalah kesungguhan kita untuk melakukan sesuatu perkara itu secara bersungguh-sungguh ”

Ternyata kita kena harus bersungguh dalam melakukan sesuatu. Malu bukan lagi perkara yang perlu ada dalam setiap yang bergelar graduan. perlu rebut peluang dan hargai setiap apa yang hadir dalam hidup kita.

 

Malu?... Ini Adalah Masalah Yang Sering Graduasi Masa Kini Lakukan

“Malu? Sejujur nya saya langsung tidak malu dengan tindakan saya ketika itu, Buat apa kita perlu malu sedangkan tiada apa yang pun salah bekerja sebagai seorang cleaner. ia juga mengajar saya apa itu erti sebenar ‘mencari duit’. 

Bagi saya ini adalah masalah yang sering graduasi masa kini lakukan. Terlalu malu sehinggakan tidak melihat peluang yang hadir itu satu nilai tambah yang sangat berharga suatu hari nanti.”

“Kepada para remaja yang mencari kerja. Jangan buang masa & tenaga anda. Tidak perlu terlalu memilih. Mungkin pengalaman yang bakal anda hadapi itu terlalu berharga nilainya. Malah, dari pekerjaan pertama tersebutlah yang mencipta  nilai tambah  dalam resume anda suatu hari nanti.” 

 

''Hantar resume ke lebih dari 50 buah company dan hanya 10 sahaja yang memanggil saya untuk di temuduga, semua 10 syarikat tersebut reject application saya...''

“Aeronautical Engineering adalah bidang yang terlalu kecil skopnya tetapi ilmu mengenai bidang ini terlalu luas. Saya lebih khusus tentang kapal terbang dan operasi sesebuah kenderaan besar. Bila bercerita mengenai bidang ini, siapa sangka memang dari kecil saya idamkan kerjaya seperti ini. 

Selepas habis tempoh graduasi saya terbang pulang ke Malaysia.  Hari pertama tiba di tanah air saya terus menghantar resume ke lebih dari 50 buah company dan hanya 10 sahaja yang memanggil saya untuk di temuduga.""

"Setelah melalui fasa interview, saya lalui fasa dimana saya terpaksa menerima hakikat  bahawa kesemua 10 syarikat tersebut reject application saya atas alasan  mereka memerlukan seseorang yang ada pengalaman bekerja dalam bidang tersebut."

Masakan tidak, saya hanyalah seorang graduan luar Negara yang baru sahaja habis bergraduasi. Inikan pula miliki pengalaman kerja dalam bidang tersebut.  Sedih…. Mana tidaknya, belajar bagai nak gila tetapi satu company pon saya tak layak untuk dipanggil bekerja.”

 

Pernah Ambil Upah Jadi Pemandu Lori

“Pengalaman membuat saya lebih berani. Saya mula mencari peluang, apa saja yang boleh saya jadikan duit saya cuba usahakan, saya buat kek dan cuba untuk jual secara online dan pernah juga saya mengambil upah driver lorry untuk menghantar barang.

"Pelbagai cara saya cuba ikhtiar dalam menjalani kehidupan harian. Sehingga sampai masa segala usaha kerjaya sebelum ini saya simpan sehingga boleh di jadikan modal untuk mulakan perniagaan baru. Dari situ saya ambil peluang untuk mencipta jenama wangian saya sendiri. Kenapa perfume? Ya, sebab saya terkesan  dengan satu pepatah arab berbunyi "

"Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wanginya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita"

“Bukanlah erti saya terlalu taksub dengan pepatah tersebut tetapi dari segi pemikiran relevan ada benarnya juga dengan wangian mampu mengeratkan silaturahim. Dari situ saya merasakan  mungkin adalah insan yang paling bertuah kerana dapat menyatukan hati sesama manusia di samping saya seorang yang suka dengan benda wangi.” 

 

Bagaimana Bermulanya Bisnes Minyak Wangi

“Ketika itu saya lahirkan Elliadore perfume, jenama pertama saya dengan hanya ada 2 wangian sahaja pada permulaan. Siapa sangka percaturan saya dalam pencipta wangian eksklusif itu menjadi dan diterima ramai. Syukur, wangian ini merupakan kegemaran ramai orang. 

Malah saya juga ada minta pandangan sahabat saya yang mahir dalam bidang wangian untuk memberi idea dalam penghasilan wangian.  Bermula dengan proses percubaan saya kini miliki lebih dari 10 wangian eksklusif.”

Kami soal kembali kepada Ayie. Adakah dia tidak menyesal dengan miliki kerjaya sekarang dan melepaskan segulung kelulusan tertinggi yang pernah dia kecapi. Ini jawapan dari Ayie

 

Kini Bergelar CEO Di Usia Muda

“Ramai yang bertanya tidak menyesal kah menjadi seorang saudagar minyak wangi? Sedangkan latar pendidikan saya jauh lebih tinggi tarafnya di mata masyarakat. Sejujur nya saya bersyukur dengan apa yang saya peroleh hari ini. 

"Mungkin rezeki yang saya peroleh hari ini adalah takdir tuhan yang termaktub untuk saya. Rezeki itu juga datang dengan pelbagai cara. Sebagai saudagar minyak wangi tak bermakna saya tak berjaya dalam kehidupan saya sekarang.  Malah kini saya harus bersyukur kerana berkat usaha keras saya selama ini saya mampu bergelar CEO di usia yang muda.”

“Apa yang membanggakan saya pada hari ini adalah kejayaan yang saya peroleh pada hari ini. Ia  juga tiada erti tanpa sokongan kuat dari team saya yang sering membantu saya untuk terus mendaki ke-puncak jaya”

 

Pengasas Sugarbomb

Inilah buah tangan hasil kerja keras Azhari. Lahir dengan wangian yang kini miliki lebih dari 50 agent seluruh Malaysia. Kita sendiri boleh congak berapakah untungnya sehari, sebulan malah tak peranjat jika sia mampu capai jutaan ringgit suatu hari nanti. Ternyata kejayaan itu bukan diukur dengan pencapaian akademik semata-mata. Berkat kesabaran,kegigihan dan kerja kuat mampu datangkan kejayaan.