Kisah Benar Wanita Ni Bangkit ''Saya Orang Muflis, Akaun Bank Pun Takde Tapi...''
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Kisah Benar Wanita Ni Bangkit ''Saya Orang Muflis, Akaun Bank Pun Takde Tapi...''

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Apr 12, 2021
pada 1:12 PM

Kisah Benar Wanita Ni Bangkit ''Saya Orang Muflis, Akaun Bank Pun Takde Tapi...'' Zaman sekarang jenis pekerjaan bukanlah pengukur bagi kejayaan seseorang, jika dapat kerja yang 'elok' adakah ia mampu memberikan kepuasan yang anda impikan?

Pepatah moden "keluar dari zon selesa jika ingin berjaya" itu ternyata benar. Buktinya, kecakalan mengharungi liku-liku kehidupan pengasas kosmetik Secret Of Beauty Aznora Baharom ini ternyata membuahkan hasil.

Pernah dibuang keluarga hanya kerana tidak mengikuti tradisi bekerja di sektor awam, Aznora terpaksa menghadapi cabaran hidup demi merealisasikan impiannya untuk menjadi usahawan. Selepas agagal dalam beberapa perniagaan bahkan diisytihar muflis, akhirnya Aznora dapat mendirikan jenama sendiri Secret Of Beauty dengan jayanya melalui cara ini.

Ikuti kronologi keperitan yang dihadapi Aznora dalam menerpa kerjayanya sebagai seorang usahawan ini.

 

"Saya adalah orang yang muflis dan saya boleh berjaya sekarang"

"Saya pernah buka kedai Handphone, kedai tudung dan berniaga di Danau Kota menjual pakaian wanita. Barulah saya mula berniaga untuk melakukan produk sendiri. Saya adalah orang yang muflis dan saya boleh berjaya sekarang ini masa saya berniaga telefon sebab buat pinjaman daripada MARA. Sekarang akaun bank pun tak ada. Tapi saya bangkit balik.

 

"Saya tolak kerja kerajaan dan pilih untuk berniaga..Family mana tak marah, saya kena buang keluarga, mereka marah sangat dengan saya"

Lepas SPM saya pernah mohon dan berjaya menjalani sesi latihan Tentera Laut Diraja Malaysia, masa tu umur saya 18, di Johor. Tapi saya tak nak sambung sebab masa itu jiwa saya 30 % ada di navy dan lagi 70% lebih kepada perniagaan. Saya tak minat kerja sebab saya memang nak berniaga. Saya dibuang keluarga  sebab saya tolak kerja kerajaan dan pilih untuk berniaga. Mereka tak nak tolong. Family mana tak marah, sebab mereka siap belikan barang kelengkapan, pergi hantar, siap potong rambut. 3 bulan latihan, dan selesai latihan saya diberi pilihan untuk tarik diri atau terima, saya tarik diri.  Saya kena buang keluarga, mereka marah sangat dengan saya, dah la kena buang keluarga, jatuh dalam perniagaan , muflis pula. Bayangkan dari umur saya 18 hingga 26 tahun saya tak berhubung. Sekarang lepas ada bisnes 4 tahun barulah mereka kenal"

 

"Hanya dari duit BR1M RM 500 tu saya kumpul selama 7 bulan, dan berjaya raih RM 15 ribu"

 

"Masa tahun 2015, saya cuba apply BR1M, saya gunakan duit BR1M RM 500 untuk beli untuk beli barang kosmetik murah yang dekat pasar malam, jual di atas talian. Nilai untuk buat produk masa tu RM 20,000 keatas, memang tak mampulah. Duit memang tak ada langsung dalam akaun, Kereta yang ada semua pun bagi sambung bayar, balik kampung sehelai sepinggang. Hanya dari duit BR1M RM 500 tu saya kumpul selama 7 bulan, dan berjaya raih RM 15 ribu. Tapi masih tak cukup, saya terpaksa jual barang kemas, barang hantaran kahwin, kasut, baju-baju jenama semua dijual, semata-mata nak buat produk sendiri. Kemudian bisnes berkembang hinggalah dapat buat produk sendiri."

 

"Walaupun kita ada SPM, kita ada usaha, ataupun ada cita-cita dan kita ada impian, impian boleh mengubah segala-galanya...''

 

"Walaupun kita ada SPM, kita ada usaha, ataupun ada cita-cita dan kita ada impian, impian boleh mengubah segala-galanya, tak kisah kita sekolah tinggi ataupun tidak, kalau kita tak berusaha semua itu tak akan berjaya. Kalau kita masuk Universiti sekalipun kalau kita tak berusaha tak berjaya juga. Jadi kalau ada SPM sekalipun, kalau kita berusaha kita mampu ubah kejayaan hidup"

 

Tonton Video Penuh Di Sini