Buat 5 Kerja Dalam Satu Masa. Kisah Lelaki Gigih Kumpul Duit Kahwin Ini..
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang) # Others

Buat 5 Kerja Dalam Satu Masa. Kisah Lelaki Gigih Kumpul Duit Kahwin Ini..

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 13, 2021
pada 6:40 PM

Seperti yang korang tau, kos perkahwinan dekat Malaysia ni bukan lah murah. Kadang hampir menelan belanja berpuluh ribu, hanya untuk menjayakan majlis yang penuh bermakna dalam fasa hidup seorang manusia. Untuk meraikan kehidupan yang selama ini dijalani seorang diri kini telah tiba masanya untuk berdua. Buat 5 Kerja Dalam Satu Masa. Kisah Lelaki Gigih Kumpul Duit Kahwin Ini..

Memang kalau mengikut ajaran Islam, semua ini tidak perlu. Cukup hanya melakukan perkara yang fardhu asalkan satu perhubungan dapat dihalalkan. Namun ramai yang pada hari ini melakukan majlis gilang gemilang hanya untuk memenuhi kepuasan hati masing-masing.

Dan sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki untuk mengalas segala bebanan dan menyediakan segala perbelanjaan perkahwinan tersebut, sebagai bukti yang dia mampu untuk mengemudi bahtera alam perkahwinan setelah sah diijabkabulkan nanti.

Begitulah yang sedang dilakukan oleh seorang warga twitter yang mahu dikenali sebagai @amnfdhl_ belia sanggup melakukan 5 pekerjaam sekaligus hanya untuk menyediakan perbelanjaan untuk menghalalkan wanita pilihan hatinya. Gigih betul, seorang lelaki bila dah membulatkan tekad ya.

Jom ikuti perkongsian Maukerja, kita tengok pekerjaan apa yang dilakukan oleh anak muda ini. Kot-kot lah boleh menjadi sumber inspirasi kepada lelaki-lelaki yang bakal membina masjid diluar sana sambil berkongsi rezeki kan.

1. Pagi - Petang Buat Foodpanda

2. Petang - Malam Repair Handphone

3. Salah Seorang Tenaga Pengajar Juga Untuk Mereka Yang Nak Belajar Repair Phone

4. Pada Masa Yang Sama Jual Air Koko

5. Lepas Tu Tolong Mak Meniaga Baju Kat Jalan TAR

Dapat Respon Positif Daripada Netizen..

Kagum betul min dengan adik @amnfdhl_ ni, tak sangka rupanya masih wujud lagi lelaki yang sanggu berusaha bermati-matian hanya untuk menghalalkan sebuah perhubungan dan mangakhirinya dengan pernikahan.

Semoga Allah permudahkan segala urusan adik ni, dan semoga jodohnya dengan pasangan berkekalan sehingga ke Jannah.

 

GADIS INI BUKTIKAN DENGAN GAJI RM2,500, BELIAU BERJAYA SIMPAN RM750 SETIAP BULAN. INI RAHSIANYA