Ini Sebab Utama Kekayaan Jack Ma Naik RM8 Bilion Setelah Alibaba Didenda Oleh Kerajaan
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Ini Sebab Utama Kekayaan Jack Ma Naik RM8 Bilion Setelah Alibaba Didenda Oleh Kerajaan

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Apr 13, 2021
pada 10:02 AM

Alibaba telah didenda sebanyak USD$ 2.8 bilion (RM 11.5 bilion) oleh kerajaan China kerana melanggar undang-undang anti-monopoli. Alibaba dianggap bersalah kerana menggunakan kuasanya dalam sektor e-dagang dan memaksa para penjual untuk menjual secara eksklusif di platform Alibaba. Bagaimanapun, denda ini adalah berita baik buat syarikat yang dipantau oleh kerajaan Komunis China sejak beberapa bulan terakhir.

Harga saham Alibaba di bursa saham Hong Kong dikatakan melonjak 6.5 peratus pada 12 April 2021, dua hari selepas pengawal selia China menjatuhkan hukuman ke atas Alibaba. Difahamkan denda ini adalah hukuman terbesar dalam sejarah negara. Namun, Alibaba dan para pelabur bersyukur kerana hukuman yang mereka terima tidak seburuk yang mereka sangka.

Sabtu lalu, akhbar Parti Komunis Daily’s People mendakwa denda itu merupakan bentuk keprihatinan yang akan menguntungkan seluruh industri teknologi. Alibaba memuji keputusan pihak berkuasa dan berjanji untuk mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan.

https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_4_9_8_9_15379894-1-eng-GB_RTX6C96R_2048x1152-1

TIMEBIT.NEWS

“Alibaba tidak akan dapat berkembang tanpa peraturan dan layanan kerajaan yang baik. Pemeriksaan, toleransi dan sokongan kritikal dari semua konstituen sangat penting untuk pembangunan kami,” kata syarikat itu dalam surat terbuka pada hari Sabtu. “Kami sangat berterima kasih dan menghormati ini.”

Jack Ma, pengasas kepada Alibaba turut mendapat nasib yang sama apabila menjadi sebahagian daripada siasatan China sehingga dia bertindak menghilangkan diri. Beijing sebelum ini membatalkan penawaran saham perdana (IPO) bernilai $ 34 bilion dari syarikat perkhidmatan kewangan Alibaba, Ant Group pada bulan November tahun lalu.

Bloomberg Billionaire Index menunjukkan bahawa Ma, yang memiliki 4.8 peratus saham persendirian telah kehilangan sekitar $ 10 bilion kekayan peribadinya sejak November tahun lalu. Bagaimanapun, berkat reaksi positif pasaran setelah Alibaba didenda, kekayaan Jack Ma naik hampir $ 2 bilion (RM8 bilion) pada nilai saham dalam perdagangan awal minggu ini.

6071762da451820019b3a6b2

Berkenaan sekatan ke atas Alibaba, ia sebenarnya mencerminkan sikap pemimpin parti Komunis ke atas sektor swasta di China. Walaupun ahli perniagaan telah berjaya membantu menaikkan ekonomi, Beijing tetap berkeras mahu masuk campur dan meninggalkan pengaruh dalam sektor swasta. Para pakar menyebut tindakan ini sebagai satu balasan perlindungan politik yang berpotensi untuk ahli perniagaan yang berpengaruh seperti Jack Ma.

Walaupun kes anti monopoli di luar negara seperti AS memerlukan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan, siasatan hanya memerlukan beberapa bulan di China. Syarikat teknologi sering mengakui kesalahan mereka terlebih dahulu dan berjanji untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.