“Tiada Majikan Nak Ambil Saya Bekerja, Pandang Rendah Lagi Ada Lah”- Lelaki Cacat Penglihatan Kini Mekanik Motor Berjaya
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

“Tiada Majikan Nak Ambil Saya Bekerja, Pandang Rendah Lagi Ada Lah”- Lelaki Cacat Penglihatan Kini Mekanik Motor Berjaya

post by MJ

by MJ

May 23, 2021
pada 11:19 AM

Azhar Ibrahim berasal dari Kampung Batu Tujuh, Perak dan cacat penglihatan (buta) sejak dari kecil lagi. Walaupun kekurangan, Azhar tidak menjadikannya alasan itu untuk tidak bekerja. “Tiada Yang Nak Ambil Saya Bekerja, Pandang Rendah Lagi Ada Lah”- Lelaki Cacat Penglihatan Kini Mekanik Motor Berjaya

Sejak dari kecil lagi sudah meminati bunyi-bunyian tetapi lebih meminati bunyi motor. Bukan itu sahaja, Azhar turut mempelajari kemahiran itu melalui inisiatif dirinya sendiri. Minatnya yang terlalu mendalam dalam bidang motor telah meyebabkan Azhar belajar membaiki motor dengan seorang rakannya. 

Pada asalnya emak tidak menyakini kebolehannya untuk membaiki motor tetapi dengan bantuan kawan-kawan dia meneruskan juga.

Pernah cuba mohon kerja, tapi tiada yang sanggup nak ambil bekerja. 

Menurutnya lagi, beliau pernah cuba untuk memohon kerja, namun apakan daya, keadaan fizikal beliau tidak mengizinkan beliau.

"Saya memohon kerja memang takde, kalau saya memohon sekalipun, saya rasa takkan diorang nak ambil orang macam saya. Dalam hati saya memang takde rasa nak putus asa, hidup saya memang susah, makan nasi dengan minyak ikan, saya ingat masa saya susah, walaupun susah kita kena teruskan." Ujar Azhar

"kalau kita mudah putus asa memang takde peningkatanlah dalam hidup, walaupun saya tak boleh melihat tapi Allah kurniakan kaki dan tangan masih boleh bergerak, jadi kita mampu lagi untuk buat kerja".

 

Jangan memillih kerja, kalau pilih, kita yang susah.

"Allah bagi kita akal, apa kerja yang kita mampu, kita buat dan jangan kita memilih, kalau kita memilih, kita yang susah. Aku dah jenuh la mintak kerja, bila nak dapat kerja minta satu tempat tak dapat, tak dapat sudah putus asa, kita tak boleh nak cakapa macam tu, apa-apapun diri kita, kita tanya dulu, yang dibelakang sudah tentu kita lalui, yang di depan kita tak tahu lagi".

 

Untung setiap bulan boleh kumpul...

"Keuntungan setiap bulan saya kumpulkan lebih RM 700 hingga RM 800 macam itu"

"Selagi tulang empat kerat ini boleh bergerak, harapan saya nak maju dan terus maju"

Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Biarpun keadaan beliau berbeza dari kita yang lain, ianya tidak menjadikan beliau patah semangat untuk terus berjaya seperti orang lain. 

Min harap korang pun macamtulah. Walau macam mana pun susah nak bekerja sekarang, jangan mudah putus asa tau!

Diolah oleh: Khai HB

Lihat video penuh dibawah: 

 

 

Nak cari kerja di kawasan rumah korang?

Join je group Telegram kami. Hari-hari ada update tau!