7 Tahun Kerja Kerajaan, Resign. Pilih Untuk Bekerja Di Pasar
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa # MauLuah

7 Tahun Kerja Kerajaan, Resign. Pilih Untuk Bekerja Di Pasar

post by MJ

by MJ

Jan 14, 2022
pada 10:38 AM

7 Tahun Kerja Kerajaan, Resign. Pilih Untuk Bekerja Di Pasar

Lumrah kehidupan bekerja, tiada apa yang sempurna. Baru baru ni admin mendapat satu teks luahan perasaan dari salah seorang follower Maukerja. Beliau telah berkhidmat dalam sektor kerajaan di usia muda dan telah bekerja selama 7 tahun. Beliau meluahkan perasaan apabila mengambil keputusan drastik berhenti kerja atas faktor mental beliau. Beliau dikatakan dikelilingi oleh golongan yang “Fake” dalam melakukan pekerjaan. Senang cerita, ada bos baru buat kerja, takde bos, masing masing naik kepala.

"min. Saya nak luah..... Kehadapan admin, izinkan saya meluahkan perasaan saya disini. Untuk pengetahuan admin, saya ni bukan la remaja sangat. Saya dah masuk umur 30 an. tujuan saya whatsapp admin ni adalah untuk meluahkan rasa terpendam saya selama 7 tahun ini.

Saya adalah seorang pekerja di sektor ********. Selama 7 tahun saya bekerja disini, tak pernah sekalipun saya menyakiti perasaan orang disini, malahan saya hanya membusy kan diri dengan pekerjaan saya. Namun apa yang saya cuba untuk kongsikan kepada admin, kepada rakan diluar sana adalah mental saya terasa sangat stress. saya dikelilingi oleh golongan fake yang menunjuk nunjuk dalam melakukan kerja harian."

Antara kejadian yang terjadi apabila beliau telah melakukan kerja beliau, namun terdapat beberapa orang yang mengambil credit daripada beliau. Mungkin beliau tak kisah mengenai ni. Tapi sampai tahap naik pangkat mungkin sudah lebih. 

Saya tak kisah dengan golongan macam ni, namun melihatkan orang yang menunjuk nunjuk ni sangat lah mudah mendapat pujian dan juga kenaikan pangkat. malahan ada yang naik gaji secara mendadak membuatkan saya rasa tidak adil. kenapa wujudnya orang sebegini? hasil tangan usaha orang lain, dia yang dapat nama.

pada mulanya saya malas nak ambik tahu, namun apabila dilihat masing masing, baru kerja 1 tahun dah naik pangkat ini dah tak betul. bukan tu sahaja, malah mereka ni kadang tanpa segan silu meminta bantuan kita, bila kerja siap kata mereka yang buat. selama 7 tahun ini saya rasa diri saya diperkecil, dikutuk didalam whatsapp group. walaupun saya tak pasti itu namun saya ada rasa mereka ada sesuatu dibelekang saya.

Dengan Lafaz Bismillah beliau membuat keputusan untuk berhenti dengan notis 24Jam. Apa yang beliau lakukan setelah berhenti? Beliau mengosongkan semua hasil kerja beliau di dalam pc dan menyimpannya di dalam storage persendirian. Namun apa yang berlaku agak mengejutkan apabila bekas staf berpusu pusu mencari beliau untuk hasil kerja beliau lakukan.

dengan lafaz bismillah, awal bulan haritu saya resign 24 jam dan kompiter saya, telah saya format sebelum saya pulangkan. saya simpan didalam cloud sahaja. bila supervisor saya tanya mengenai handover saya kata saya akan bagi link drive nanti. namun begitu memang saya bertujuan taknak share langsung. biarlah kamu semua rasa perasaan orang tersakiti. saya tiada kuasa, keluarga orang kampung sahaja, jangan senang lenang membuli kami yang tiada apa apa ni.

selepas 2 hari berhenti, berpusu pusu orang telefon saya menanyakan project sebelum ini. saya hanya mendiamkan diri menyatakan semoga berjaya. disebabkan keputusan yang sangat drastik berhenti kerja, saya kini mencuba meniaga sayur di satu tapak perniagaan. tersangat mengharukan saya apabila rakan peniaga disebelah turut membantu saya walapun boleh dikatakan kami ni pesaing. sangat tinggi akhlak dan budi pekerti mereka. saya menangis apabila dapat tahu kedai sebelah saya menyuruh pelanggan mereka membeli barang di kedai saya.

Beliau kini sedang bahagia bekerja di pasar, dengan bantuan rakan rakan dipasar. Kini beliau hanya tersenyum, meskipun gaji tak seberapa. Tetapi mental itu lebih penting.

kini saya rasa hati saya sangat tenang, bergelak ketawa dengan peniaga peniaga disini. itulah sahaja luahan hati saya admin. bagi saya, kerja perlulah ketengan, kegembiraan. ini yang saya cari selama 7 tahun ini. adab tidak boleh dibeli dengan sekeping degree. rakan rakan saya disini ada yang dahulunya banduan, tak bersekolah, nakal, namun budi pekerti mereta sangat lah tinggi.

doakan saya dan rakan rakan kekal bahagia. terima kasih semua.

Begitulah, mental health amat penting untuk kita. Bukan duit jadi ukuran. 


#MauLuah: Kami mendorong untuk anda share story dgn kami.

Kalau korang ada cerita nak luah dengan min, boleh whatsapp je min dekat sini