Korang boleh keluarkan duit tanpa kad ATM, ini caranya!!!
# Trending Semasa # Others

Korang boleh keluarkan duit tanpa kad ATM, ini caranya!!!

post by MJ

by MJ

Apr 13, 2022
pada 5:30 AM

Korang boleh keluarkan duit tanpa kad ATM, ini caranya!!!

Oleh: Nur Syamila

Kadangkala kita tiada cash almaklumlah zaman sekarang ni, semuanya tidak lagi menggunakan tunai dan lebih kepada transaksi atas talian sahaja boleh digunakan perkhidmatan ini. Sehinggalah kadang-kadang kita lupa bahawa kedai-kedai makan di luar sana perlu menggunakan cash, tetapi kad ATM kita tertinggal di rumah. Namun anda tidak perlu risau kerana anda boleh mengeluarkan wang tanpa kad debit hanya menggunakan telefon sahaja.

Cara-cara nak keluarkan duit di mesin ATM tanpa guna kad Maybank anda. Yang paling penting kena ada telefon dan ATM Maybank tau!

1. Buka aplikasi Maybank2u di telefon bimbit dan pilih cardless ATM Withdrawal.

2.  Kemudian masukkan butiran seperti nombor telefon dan nama anda. Klik Continue

.

3.  Masukkan nilai yang anda ingin keluarkan sama ada RM100, RM200 atau RM300 sahaja.

4. Pastikan butiran dipaparkan itu betul dan tepat. Klik Agree & Request TAC. Masukkan nombor TAC tersebut.

5. Sampai di mesin ATM Maybank, anda klik pada skrin mesin tersebut dan pilih Pengeluaran Tanpa Kad > klik Teruskan.

6. Masukkan dua kod ID yang telah diberi sebentar tadi melalui SMS. Kod ID pertama panjang sekitar 16 atau 17 digit dan kod ID kedua adalah 6 digit.

Senang kannn? lagi susah cari kerja kan? Dah jangan susah susah, pergi je Maukerja nak cari kerja. 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!