Guna Taktik “Caller ID Spoofing”, Taktik Licik Sindiket Macau Scam Guna Nombor JSJK Bukit Aman
# Gaya Hidup # Trending Semasa # Others

Guna Taktik “Caller ID Spoofing”, Taktik Licik Sindiket Macau Scam Guna Nombor JSJK Bukit Aman

post by MJ

by MJ

Apr 13, 2022
pada 5:50 AM

Guna Taktik “Caller ID Spoofing”, Ini Pendedahan Pihak Polis Berkaitan Taktik Licik Sindiket Macau Scam Guna Nombor JSJK Bukit Aman

Ditulis oleh ikmal

Seiring berkembangnya tahap penguasaan teknologi kini, semakin ramai orang yang sudah celik IT. Kita juga dapat lihat pelbagai perkongsian daripada ramai orang berkaitan teknologi yang dapat dikuasai dengan baik.

Namun begitu, ada sesetengah orang yang bijak dalam penggunaan teknologi bertindak mengambil kesempatan untuk melakukan perkara-perkara jahat. Antara kejahatan yang dilakukan adalah seperti macau scam yang mengambil jalan pintas untuk mendapatkan duit.

Menurut data daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kebanyakan macau scam menggunakan teknik ‘Caller ID Spoofing‘ untuk menipu mangsanya. Mari sama-sama kita baca perkongsian Pejabat Polis Tangkak menerusi media sosial, Facebook di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Caller ID Spoofing adalah cara macau scam dengan menukar nombor telefon yang asal kepada nombor telefon lain sebelum dipaparkan kepada penerima. Tujuan tindakan itu pastinya untuk mengelakkan kegiatan mereka daripada dihidu oleh pihak berkuasa.

Macam mana polis tahu teknik ini yang digunakan suspek?

Menurut pihak polis, mereka telah mengetahui teknik licik seperti ini kerana pernah menangkap penjenayah yang menggunakan teknik itu sebelum ini. Setelah membuat siasatan dan kajian, pihak polis akhirnya dapat mengetahui teknik yang mereka gunakan.

Kalau sudah tahu, kenapa polis tak kesan saja?

Hal ini kerana sistem komunikasi di negara ini bukan di bawah selenggara pihak PDRM. Semua maklumat yang diperlukan perlu melalui pihak ketiga, barulah tindakan siasatan dapat dijalankan.

Jadi kenapa Macau Scam masih ada lagi?

Penjenayah caller spoofing ni dah membiak luas kepada ramai orang. Oleh itu, meskipun pihak polis dah tangkap ramai penjenayah caller spoofing ni, akan ada kumpulan lain yang terus menjalankan jenayah keji itu.

Alaa polis tangkap lepas tu lepas

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang perlu diperhati dan difikirkan sebelum nak cakap macam tu.

Adakah anda tahu apa itu tempoh reman? 

  • Adakah anda tahu reman itu diluluskan oleh siapa? 

  • Adakah anda tahu selepas reman tamat apa yang perlu dilakukan jika siasatan belum lengkap?

  • Adakah anda tahu siapakah yang akan menentukan sesuatu siasatan itu sudah lengkap atau tidak? 

  • Adakah anda tahu yang menuduh dan membebaskan seseorang daripada pertuduhan itu tugas siapa?

    Haa itulah beberapa perkara yang perlu diperhatikan terlebih dahulu sebelum anda nak menilai segala kerja polis berkaitan macau scam ni. Lepas baca ni, korang gunakan kuasa Google untuk cari semua jawapan tersebut.

    Sebelum habis, pihak polis ada meninggalkan sedikit kata-kata untuk direnungi bersama.

    “Tapi ilmu tanpa guru juga salah. Selepas baca, bertanya kepada orang dibidang itu. Merendah diri untuk bertanya itu mendidik kita supaya tidak bongkak dan bangga diri,”.

    Cara Penjenayah Guna ID Caller SpoofingTaktik ini?

    Terdapat tiga langkah mudah untuk penjenayah menggunakan taktik Caller ID Spoofing dalam memperdaya mangsa-mangsa mereka.

    Suspek akan menggunakan nombor ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK) Bukit Aman (03-2610 1222). Tindakan itu kononnya nak menunjukkan bahawa mereka menggunakan nombor talian sebenar pihak polis.

  • Suspek akan menggunakan aplikasi spoof / VoIP untuk menukarkan nombor telefon talian sebenar mereka (contoh: 011-2xxx xxxx) kepada nombor pejabat JSJK (03-2610 1222).

  • Apabila suspek mula menghubungi mangsa, nombor talian yang tertera di paparan skrin telefon mangsa akan tertera nombor pejabat JSJK – setelah ‘ditukar’ melalui aplikasi spoof.

    Dengan tiga tindakan mudah itu mangsa pastinya akan mudah meyakini bahawa panggilan yang diterima itu benar-benar daripada pejabat JSJK, sedangkan hakikatnya ia adalah penjenayah.

    Untuk keterangan lebih jelas, anda boleh rujuk infografik ringkas di bawah.

    Sumber: Facebook