Majikan Berang Cara Budak Sekarang Minta Kerja, Tak Ada Adab Katanya Pm-Pm...
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Majikan Berang Cara Budak Sekarang Minta Kerja, Tak Ada Adab Katanya Pm-Pm...

post by MJ

by MJ

Sep 28, 2022
pada 8:21 AM

Salah satu punca mengapa orang ramai kata Generasi-Y ni lain macam sikit. Tak tau lah macam mana tapi kalau nak mohon kerja pun boleh "PM tepi" macam nak beli barang dekat Insta shop je macam mana ke majikan nak ambil bekerja? Huhu..

Ini lah jadinya bila adab-adab untuk memohon kerja tak dipraktiskan. Seorang netizen ni meluahkan perasaan dia bila kerja kosong yang di post di Facebook berderet yang nak mohon. Tapi yang jadi masalahnya bila semua minta PM je kerja kosong tu. Sampai macam tu sekali diorang malas nak mohon secara elok. Apa salahnya bukak email sekejap, semua info yang diperlukan dah tersedia untuk diorang cuma perlu mohon je. Kan dah kene setepek, ingat ini IG seller ke jual minyak wangi boleh PM nak tahu harga? Haha..

Semua info dah ada cuma perlu email je

Tercari la juga kalau-kalau dalam post jawatan kosong tu ada nyatakan boleh mohon melalui Facebook terus. Tapi tak ada pula dan jawatan yang dimohon tu bukannya macam kerja part-time dekat kedai runcit apa, HR & Admin Executive kot. Dah tentu-tentu lah kena beretika sikit. Lagipun memang dah tertulis dekat situ email kepada alamat yang diberikan. Hmm..

"Better pm on whatsapp"

Wow bila tuan empunya badan dah jelaskan hentar permohonan seperti yang sudah tersedia boleh pula dia mengajar balik lebih baik pm dekat whatsapp je, senang kerja. Huhu.. Tak tahu lah nak jawab macam mana kalau ada orang tanya macam ni. kalahkan boss pula dah.

Kalau cara mohon kerja pun boleh buat mudah macam ni, majikan mana je yang akan ambil serious dengan permohonan korang. Awal-awal lagi dah nampak yang korang ni jenis malas tak nak berusaha sikit je pun.

Jadi pada golongan belia yang sedang mencari kerja tu tolong lah jangan buat macam ni ye. Kalau buat juga, jangan tanya kenapa permohonan korang tak dibalas kalau dah berbulan tunggu jawapan daripada company.