Jangan Buat 10 Perkara Ni Masa Interview, Majikan Tak Suka! - No 7 Ramai Buat...
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Jangan Buat 10 Perkara Ni Masa Interview, Majikan Tak Suka! - No 7 Ramai Buat...

post by MJ

by MJ

Sep 30, 2022
pada 8:18 AM

Bila korang pergi interview, sangat-sangat lah penting untuk korang berikan tanggapan yang paling baik dan akan diingat sampai bila-bila. Tapi perlu diingatkan juga yang korang tak boleh nak mengharapkan yang jawapan terbaik korang tu bakal menjanjikan kerja.

Sebab, korang kena bersikap professional juga. Jadi kalau krang nak tahu sebenarnya ada banyak kesalahan-kesalahan kecil yang boleh buatkan majikan tak rasa nak ambil korang bekerja. 

1. Mendesak majikan untuk ambil bekerja

Mendesak majikan betapa korang nak sangat untuk kerja tu disebabkan ada banyak masalah macam nak bayar duit kereta, kereta dan sebagainya memang majikan akan campak je resume korang dalam tong sampah. Sebabnya kalau jenis calon yang dari awal interview  lagi dah angkut senmua masalah dia, nanti lama-kelamaan masalah itu akan jadi masalah majikan juga. 

Ada majikan yang berkongsi pengalaman mereka interview calon yang sampai menangis teresak-esak untuk meraih simpati dan mendesak majikan terima mereka. Korang nangis teruk mana pun lagi lah majikan rasa janggal untuk nak ambil. Tempat yang korang mohon tu strictly bisnes, bukannya badan kemanusiaan ye. 

2. Tamat belajar lambat dan menganggur lama

Seorang peguam bercerita yang beliau sudah jumpa ramai calon yang nak mohon di firma undang-undang dah berumur 26 tapi pengalaman kosong! Langsung tak ada walaupun kerja sambilan yang biasa je. Jadi apa yang diorang letakkan dalam resume adalah hobi, minat dan percutian-percutian mereka. Untuk calon yang dah berumur lebih 20 tahun tapi masih tak ada pengalaman, memang bukan pilihan yang terbaik.

3. Bawa mak ayah masuk interview sekali

Iye betul, ada calon yang sampai bawa mak ayah sekali masuk ke dalam interview. Yang paling bestnya bila mak ayah pula yang beriya bertanya soalan bagi pihak anak mereka. Sekarang ni siapa yanng nak interview, anak ke mak ayah? Jangan tak percaya yang calon-calon buat macam ni dah makin ramai. Korang boleh je kalau nak bawa mak ayah sekali datang, tapi tak perlu lah sampai masuk meeting room sekali. Mak ayah boleh tunggu dia kafe ke atau lobi sampai lah korang selesai. Bukan apa, kalau waktu interview pun mak ayah yang uruskan, macam mana nak tahu korang ni pandai uruskan diri sendiri?

4. Lambat datang interview

Korang bukan lah satu-satunya calon untuk jawatan tu. Jadi dalam masa sehari ada ramai lagi yang datang interview. Kalau korang datang lamat ke interview, ingat lah yang majikan perlu re-schedule balik jadual dia haritu semata-mata nak jumpa  korang untuk 5-10 minit. Masa tu penting. Kalau memang korang tak boleh datang, sepatutnya beritahu sehari dua awal bukannya pada hari interview baru nak bagi tahu. Lambat datang interview memang tak akan menjanjikan kerja untuk korang sebab majikan pun dah tawar hati. 

5. Kaku waktu interview

Tengah elok-elok majikan tanya soalan tiba-tiba je calon tu terdiam kaku tak tahu nak cakap apa. Haha.. dengar macam lawak kan? Sebenarnya ada calon yang macam ni. Selalunya  tejadi bila calon tu terlampau takut dna tak bersedia dengan jawapan-jawapan. Baru suruh perkenalkan diri dah terdiam muka pucat, tergagap-gagap. Memang majikan tak akan pertimbangkan lah permohonan korang. 

Okay sebenarnya korang boleh ambil masa untuk nak fikirkan jawapan terbaik untuk menjawab persoalan majikan tu asalkan janagn bagi muka yang keliru dan pandangan yang kosong. Ada sesetengah majikan yanng tak kisah jika  jawapan yang korang bagi tu kurang tepat, sebab apa yang diorang nak lihat adalah bagaimana korang proses idea dan cara untuk jawab. 

6. Tak matikan telefon bimbit

Ingat matikan telefon korang sebelum masuk ke dalam bilik interview kecuali korang ada hal kecemasa yanng melibatkan hidup dan mati. Kalau memang masa interview tu kurang sesuai seperti ayah korang tiba-tiba jatuh sakit, korang tak perlu lah sampai nak matikan telefon, cuma biarkan dalam mod yang perlahan. Maklumkan juga pada majikan yang jika ada panggilan masuk, korang perlu menjawabnya. 

7. Ambil selfie semasa menunggu interview

Kalau korang tiba awal dari masa yang sepatutnya, jangan luangkan masa kosong tu dengan ber-selfie atau ambil video Snapchats pula. Pekerja-pekerja lain akan nampak perbuatan korang dan ia  memang lah tidak akan memberi tanggapan baik tentanng diri korang. Simpan telefon korang tu dan cuba untuk luangkan masa dengan menyemak resume, atau berbual pendek dengan orang lain.

8. Mengunyah gula-gula getah

Ini sikap yang paling teruk sekali untuk calon. Mengunyah gula-gula getah sewaktu temu duga. Kalau korang ada bau nafas yang teruk sekalipun, kunyak sebelum dipanggil interview dan buang selepas tu. Paling menjengkelkan bila calon tu kunyah kuat dan siap tiup belon lagi. Hmm.. amat lah tak beretika langsung. Benda ini akan menganggu sesi interview dan majikan pun tak suka nak pandang.

9. Pakai baju kurang sesuai

Setiap orang sekurang-kurangnya perlu ada satu baju formal untuk digunakan jika  pergi interview. Tak kisah lah jika  korang ada sepasang je dan ulang-ulang yang sama bila pergi intereview, asalkan ada. Ini ada yanng jenis datang pakai selipar tandas je. Nampak pun selekeh dan pengotor. Tambah-tambah lagi bila yang datang tu pakai baju macam nak pergi bercuti ke pantai pula. Tanggapan pertama majikan pada korang bila tengok je  korang sampai adalah pemakaian. Jadi pakai sesuatu yang sesuai.

10. Bercakap besar mengenai kelayakan dalam resume

Jenis yang suka cakap besar ni graduan universiti tersohor, luar negara apa  henti-henti kan lah kalau tak benar. Ada juga yanng bercakap besar mengenai waktu praktikal mereka dulu, cakap buat projek ini lah itu lah, semuanya yang hebat-hebat. Korang perlu ingat yang interview korang tu dah ada berpuluh tahun pengalaman. Dalam masa 90 saat yanng pertama pun diorang dah boleh "bau" penipuan korang. Diorang mungkin ada kenalan dalam industri tu dan semuanya akan terbongkar juga.