Jangan Sesekali Tanya Soalan Ni Masa Interview. Auto HR Tak Suka!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Jangan Sesekali Tanya Soalan Ni Masa Interview. Auto HR Tak Suka!

post by MJ

by MJ

Oct 10, 2022
pada 6:09 AM

Masa interview ni lah masanya korang jadi sebaik baik malaikat. Pijak semut tak mati. Kentut tak busuk. Sebab apa? masa intrview ni kira macam kita nak mengurat orang lah, kene la tunjuk yang baikkkk je! Baru lah orang tu suka. So bila nak pasti kan orang tu suka dekat kita, kene lah pastikan kita ni tak salah tanya soalan. 

Semasa temuduga ni kalay boleh jangan tanya soalan yang mendesak sangat. Korang pun tak suka kan orang desak desak korang jawab soalan tah apa apa. Elok HR tu dah suka kat korang tetiba tak jadi ambik sebab tanya soalan yang bukan bukan...

Jadi kat sini ada beberapa soalan yang kalau boleh jangaaaaan la tanya masa interview.

1. "Saya dapat OT ke kalau kerja lebih masa?"

Perlu ambil tahu yang mana, ada sesetengah jawatan macam executive ni jarang la ada OT. Jadi korang kene kaji dahulu company tersebut adakah dia bayar OT dekat pekerja dia?

2. "Berapa gaji saya dapat/bonus berapa?"

Yang ni cuba korang santai. Biar HR tu tanya korang dulu. Nampak gopoh tau belum apa apa dah tanya pasal gaji.

3. "Boleh ke saya buat part time kerja lain masa kerja sini?"

Silap lah dik ko tanya soalan ni. 

4. *Tak tanya terus*

Ni pun bahaya jugak. Sebab yelah. Kalau tak tanya nampak tak minat pulak. betul tak?

 

Sebenarnya kalau tanya Admin kan, nak tanya takde masalah. Cuma macam mana nak tanya tu penting!