Kemana Pergi Bendera Politik Selepas PRU?
# Others

Kemana Pergi Bendera Politik Selepas PRU?

post by MJ

by MJ

Nov 17, 2022
pada 2:25 PM

Kemana Pergi Bendera Politik Selepas PRU?

 

Bila dah musim pilihan raya umum atua PRU ni kan mesti kemana mana kita pergi penuh dengan iklan atau billboard calon calon parti tertentu. Ada logo itu ada logo ini. Ada juga poster manifesto setiap parti juga. Boleh dikatakan lebih meriah daripada perayaan atau sambutan hari raya, tahun baru cina atau deepavali kan? Inilah yang dikatakan musim perang bendera yang “RARE” dan hanya ada pada pilihan raya umum sahaja.


Walaupun begitu, pernah tak anda terfikir kemana perginya bendera bendera parti, poster parti selepas habisnya piliharan raya umum itu? Tak kan lah dibiarkan sahaja begitu selepas habis kempen pilihan raya kan.

 

Seperti yang dikongsikan oleh artikel yang dikeluarkan oleh bernama.com. Kesemua lebihan bendera poster atau kain rentang yang telah digunakan pada kempen pilihan raya akan disumbangkan atau dikitar semula. 

 

Antara cara sumbangan yang dibuat adalah lebihan baju ketika kempen akan diberikan kepada gelandangan dan kain rentang atau sepanduk pula boleh digunakan sebagai alas meja di kedai makan. Malah ada juga yang jadikan sebagai penghadang cahaya matahari di kedai mereka. Antara inovasi yang menarik juga adalah bendera lebihan digunakan sebagai tote beg atau beg tangan kitar semula. Bahan kempen yang rosak pula akan dihantar ke menghantarnya ke tapak pelupusan sampah.

 

Berbeza dengan undang-undang kerajaan di negara itu ada menyebut, bendera parti politik hanya boleh dipasang di premis persendirian dengan persetujuan pemilik sahaja.