Balik Kerja On Time Tapi Kena Pandang Sinis Dengan Orang Lain? Apa Di Dalam Akta Kerja 1955?
# Pengetahuan Pekerja

Balik Kerja On Time Tapi Kena Pandang Sinis Dengan Orang Lain? Apa Di Dalam Akta Kerja 1955?

post by MJ

by MJ

Dec 1, 2022
pada 9:58 AM

Balik Kerja On Time Tapi Kena Pandang Sinis Dengan Orang Lain? Apa Di Dalam Akta Kerja 1955?
 



Sebenarnya topik ini boleh dikatakan antara topik hot di dalam industri pekerjaan dimana ramai netizen yang meluahkan mereka pernah mengalami situasi dimana mereka dipandang remeh atau sinis jika kita pulang rumah mengikut waktu bekerja yang diperuntukkan. Ada juga yang reader yang meluahkan di dalam forum Maukerja dimana mereka diCOP sebagai RUDE jika pulan kerja mengikut waktu.

Adakah balik kerja lewat daripada waktu kerja yang diperuntukan itu satu kesalahan? Apa kata kita lihat Akta Kerja 1955. Sebelum itu kita perlu tahu di bawah Seksyen 60 (A) (9) Akta Kerja 1955, “waktu-waktu kerja” (Hours Of Work) diterangkan sebagai



“jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan ia tidak bebas untuk menggunakan masanya dan pergerakkannya sendiri“

“the time during which an employee is at the disposal of the employer and is not free to dispose of his own time and movements“
 

 

Bilakah waktu kerja yang diperuntukan?

Semuanya mengikut majikan itu sendiri dan waktu pejabat itu beroperasi, majoriti waktu bekerja adalah 9AM sehingga 6PM.
 

Walaupun begitu, mengikut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, pekerja tidak boleh bekerja:

- Tidak boleh kerja berterusan 5 jam tanpa rehat 30 minit.
- Bekerja lebih daripada 8 jam sehari

- Bekerja lebih dari tempoh waktu bekerja (spread-over period) dalam 10 jam sehari.

- Bekerja dengan lebih 48 jam seminggu

 

Itu jika mengikut akta kerja 1955, TAPI bagaimana jika :

Majikan minta pekerja bekerja lebih 8 Jam dalam sehari?

Jawapannya TIDAK BOLEH, namun majikan boleh diarahkan pekerja bekerja lebih daripada masa diperuntukkan dengan syarat pekerja dibayar dengan kadar satu setengah kali ganda kadar upahnya mengikut jam.

So apa pendapat anda? Patut ke kita rasa bersalah nak balik kerja ON TIME?