HR Gelak Besar Lepas Habis Interview Kalau Korang Jawab Soalan Macam Ni...
by Mas Jep
HR Gelak Besar Lepas Habis Interview Kalau Korang Jawab Soalan Macam Ni...
Setiap HR pasti akan ada pengalaman yang kelakar, marah , kesian dan lain lain sepanjang sesi interview. Sementara bagi jobseeker pula, interview ni perkara yang baru bagi mereka. Percayalah dalam 10 yang datang ke interview, mesti ada 1 atau 2 yang bagus dan benar benar layak. Manakala selebihnya yang lain tu biasanya adalah hanya sekadar bahan lawak majikan selepas habis interview.
Jika anda tidak mahu berada dalam 8 atau 9 golongan ini, cuba elakkan daripada beri jawapan sebegini.
Pada awalnya majikan bertanya "why we should hire you?" Anda dengan penuh yakin memberikan jawapan bernas sehingga majikan terpukau. "selain daripada menampung kehidupan, saya ingin mendalami kerja dalam bidang ini dan memberikan sumbangan terhadap syarikat ini?"
Namun bila majikan tanya "baik, jadi apa yang awak tahu mengenai syarikat ini?" dan anda berikan jawapan seperti diatas, kalau tak tahu terus terang. Itu sebablah pentingnya buat kaji selidik.
Bila diminta sebarang portfolio atau showreel, ini alasan anda. Jika benar, itu silap anda sendiri jika tak benar tak perlu menipu. Paling melucukan majikan apabila mereka memberi kelonggaran untuk anda dapatkannya tapi alasan lain dikemukakan, naik kereta mak lah, naik teksi lah, uber lah. Anda rasa majikan boleh pertimbangkan ke jika masih ada ramai lagi calon yang menunggu giliran di luar sana?
Jika ditanya sebarang seorang mengenai isu-isu fakta, berikan jawapan yang tepat. Sekali lagi kami ulang, study! Jangan main jawab walaupun tak tahu apa-apa. Kalau tak tahu, cakap sahaja., jangan terpinga-pinga sehingga makan masa lama untuk berikan jawapan merapu!
Ada sesetangah sesi interview, majikan akan berikan satu situasi anda bagi menguji tahap ketahanan mengawal tekanan atau pengalaman mengandali sesebuah tugas, biasanya kerja seperti event management yang akan tanya soalan sebegini.
Jangan bagi jawapan 'sembang' macam diatas inikepada mereka. Jika anda graduan muda yang tidak terlibat dalam sebarang kurikulum, terus terang dan berikan jawapan yang anda betul-betul mahukan kerja ini.
Contohnya, "Saya memang tiada sebarang pengalaman dalam mengendalikan sesebuah majlis, tapi saya yakin sebagai orang baru saya ingin belajar dan mahukan pendedahan dalam industri ini, saya yakin inilah peluang saya mempelajarinya".
Lebih kurang begitu lah, apapun attitude (bersikap jujur) memainkan peranan penting dalam interview! Mereka dah jauh berpengalaman dan tahu selok belok mengenali calon. Mereka dapat tahu samada ada jujur atau menipu, kalau jujur andalah tergolong dalam golongan 1 atau 2 itu. Kalau tak, hanya selebihnya yang menjadi bahan lawak mereka.