Perangai Orang Kita Bila Dekat Plaza Tol - Gadis Tol Geram
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Perangai Orang Kita Bila Dekat Plaza Tol - Gadis Tol Geram

post by MJ

by MJ

Dec 6, 2022
pada 2:05 PM

Perangai Orang Kita Bila Dekat Plaza Tol - Gadis Tol Geram

Makin dah moden ni syukur lah kita dah tak perlu kerja keras macam dulu dulu. Dah macam kerja cashier atas jalan raya je. Maklum lah zaman semua cash. Mujur sekarang ni penggunaan kad Tng wajib bagi semua pengguna tol. 

“Walaupun zaman sebelum ni asyik kena kacau je bila kerja tol, ingatkan dah moden ni takde la kene kacau. Ada je lagi manusia manusia nakal ni..” 

Perkongsian ini dikongsikan oleh penjaga tol sendiri, pengalamannya berhadapan sikap-sikap pemandu ini sangat menduga kesabaran, namun apakan daya kerja, kernalah hadap. Lepas baca ini, harap anda yang ada buat pada mereka sedar sikit, jangan ganggu tugas orang dan perbaiki lah diri.

Ini 5 Tabiat Orang Kita Yang Saya Cukup Menyampah

(Sekadar Gambar Hiasan)

1. Kena Kacau Dengan Lelaki

"Jika sekadar ganggu biasa-biasa saya boleh abaikan. Kadangkala ada yang sampai pegang tangan tak mahu lepas. Apa kau ingat aku bini kau ke boleh pegang-pegang? Saya tak ada lah marah sangat kalau setakat yang buat-buat tanya dah kahwin ke, ada boyfriend ke, tapi bila dah mula pegang tangan, memang jahanam lelaki macam tu. Dia tak tahu kot kami ada cctv. Nak kami hantarkan bukti kegatalan anda pada isteri?"

2. Baru Nak Cari Duit 

"Orang ramai beratur di belakang tapi bila dah sampai giliran dia, dia masih lagi cari duit nak topup. Tak boleh ke ready awal-awal semasa beratur?"

3. Kad Touch&Go Hilang / Tak Cukup Baki

"Bila dah sampai dekat tol baru lah terhegeh hegeh cari mana kad touch n go. Time tu jugak la takde duit dalam kad time tu jugak la takde cash kat tangan. Habis kalau semua macam ni, bagi free je la tol."

4. Jarak Kereta Dengan Tol, 2 Marhalah

"Kalau dah tahu nak repload kad, letak kereta tu jarak cun cun. Ni tak, punya lah jarak. Sayang kereta, sayanglah jugak. Tapi kan seksaaa tu!, ."