Introvert Tak Layak Jadi Leader? Ini 6 Fakta Bahawa Mereka Lebih Berkarisma!
# Pengetahuan Pekerja

Introvert Tak Layak Jadi Leader? Ini 6 Fakta Bahawa Mereka Lebih Berkarisma!

post by Izuan

by Izuan

Sep 6, 2021
pada 8:50 AM

Introvert Tak Layak Jadi Leader? Ini 6 Fakta Bahawa Mereka Lebih Berkarisma!

Jarang sekali untuk kita dengar pemimpin terhebat adalah mereka yang bersifat introvert. Lagi pun sudah menjadi persepsi umum yang orang extrovert lah yang layak menjadi pemimpin, pemmidato, dan hebat dalam berkomunikasi dengan orang lain. Semua ini adalah kredibiliti yang patut ada dalam diri seorang CEO ataupun pemimpin dalam mana-mana organisasi. Kita tak akan dapat nilai-nilai sebeginni dalam diri seorang introvert kan? Ramai yang  berpendapat pemimpin yang bersifat introvert akan menjadi penghalang. 

Yang menariknya, ada satu artikel yang menyatakan bahawa 40% pemimpin yang ada di US sebenarnya adalah introvert. Cumanya, mereka bijak dalam blending dalam situasi dan persekitaran. Bill Gates, Warren Buffet dan Charles Schwab semuanya introvert dan ada ramai lagi.

Kalau korang adalah seorang yang bersifat introvert, penyendiri dan tidak petah berkata-kata dengan orang ramai, ini ada 6 fakta yang korang perlu tahu mengenai introvert:

1. Introvert adalah seorang yang sangat berhemah

Tidak seperti orang extrovert yang sangat sensitif kepada ganjaran di mana menerangkan mengapa extrovert terbuka kepada sebarang risiko. Bagi introvert pula, mereka lebih brehati-hati. Sebab itu lah korang selalu dengar orang yang extrovert selalu cakap "Okay kita buat je kerja ni!" dan introvert pula akan katakan "Dah fikir masak-masak ke? Betul ni cara ni terbaik?"

Mengapa ni kelebihan dalam keusahawanan? Mengambil risiko memang dah sebati dalam diri seorang businessman tapi ada masanya benda akan menjadi kekok. Ada masanya korang akan berbolak-balik sama ada mahu katakan iya, tidak, buat tapi jangan dan sebagainya. Sebab itu lah perlu diteliti pilihan bukan main cakap je.

Membuat keputusan ni adalah satu kaedah yang penting. Seorang pemimpin perlu lakukan keputusan penting setiap hari dan pada saat genting. Sebab itu perlu difikir dengan teliti dan jangan libatkan emosi. Dan dalam situasi ini introvert amat bijak dalam menangani keputusan.

2. Introvert belajar dengan mendengar

Mereka bukannya suka berbual kosong tanpa sebarang intipati, macam sewaktu perjumpaan social mereka  akan menyendiri dan jarang untuk turut serta dalam perbualan. Ini sebab introvert lebih suka mendengar apa yang orang katakan dan mereka akan fikir sebelum mengatakan apa-apa. Mereka bukannya mendiamkan diri sebab sedang berfikir apa yang perlu dibalas tetapi mereka memang suka mendengar dengan teliti, belajar jika ada apa-apa point yang boleh diambil dan dari situ mereka belajar untuk bercakap.

Sebab mereka suka belajar, dengan mendengar apa yang orang lain katakan mereka akan meningkatkan prestasi mereka.

3. Introvert amat suka mengekalkan sifat pendiam mereka

Pernah tak ada kawan zaman sekolah dulu yang amatlah pendiam, suka duduk belakang sekali dan jarang nak turut serta dalam apa-apa perbincangan. Kalau cikgu tanya mesti trmalu-malu, susah nak dengar suara dia. Sekali kalau dia bersuara, mesti satu kelas akan toleh macam terkejut lah yang rupanya dia tu tak bisu. Haha.. Ini lah cara bagaimana seorang introvert kekalkan kuasa mereka. Mereka own the moment dengan bercakap dengan tenang dan ada isi. 

4. Introvert menunjukkan rasa rendah diri

Bukan je introvert merendah diri tetapi introvert juga cenderung untuk mempunyai sifat yang tersendiri di mana tidak gahkan kelebihan dan pencapaian mereka tetapi mereka sedar sendiri apa yang mereka boleh lakukan. Rasa rendah diri ini memberi mereka kelebihan untuk tahu apa kesalahan, ketidaksempurnaan, jurang pengetahuan mereka dan batas-batas. Mereka sedar sendiri dan ini lah yang diperlukan dalam sesuatu bisnes dan kehidupan.

5. Intorvert pandai dalam mengawal ketidakpastian

Introverrt selesas bekrja dengan informasi yang sedikit dan melawan sebarang dorongan yang boleh merugikan diri sendiri. Introvert ni lebih gemar untuk berterusan mencari penyelesaian yang memerlukan daya pemikiran yang mendalam. 

Tak percaya, tengok apa yang Albert Einstein cakapkan "Ia bukannya disebabkan saya tidak pandai, cumanya saya gemar memikirkan masalah dengan terperinci dan telilti."

6. Introvert selesa untuk bekerja sendiri

Walaupun korang mulakan bisnes melalui kerjasama dengan rakan atau business partner, tapi  kalau korang seorang introvert korang akan perasan yang korang ni gemar bekerja dengan sendiri pada masa-masa tertentu. Mereka ni pemalu dan selalunya semua idea bernas mereka tersimpan rapi dalam kepala je. Mengapa mereka suka bekerja sendiri? Sebab dalam suasana kerja yang diam ni, mereka senang untuk fokus.

Steve Wozniak, co-founder Apple juga menyatakan yang kebanyakkan pencipta dan engineer yang dia telah jumpa, rata-ratanya  adalah pemalu dan mereka seakan hidup dalam persekitaran mereka sendiri. Mereka bekerja dengan bagus bila mereka menyendiri. 

Jadi mitos mengenai introvert adalah salah

Sekarang baru tahu kan, yang segala mitos kita selalu dengar mengenai orang introvert ni kebanyakkannya salah. Sebenarnya, orang introvert ini lebih efektif dalam menjadi pemimpin berbanding dengan mereka yang extrovert. Ketahui apa personaliti korang dan jangan malu untuk menjadi unik. Korang boleh cuba personality test ini untuk ketahui personaliti korang: