Tak Perlu Panik Kalau Tersalah 'Send' Email Sebab 2 Cara Ni Boleh Tarik Balik Email Tu
# Trending Semasa

Tak Perlu Panik Kalau Tersalah 'Send' Email Sebab 2 Cara Ni Boleh Tarik Balik Email Tu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 26, 2022
pada 7:52 AM

Tak Perlu Panik Kalau Tersalah 'Send' Email Sebab 2 Cara Ni Boleh Tarik Balik Email Tu

"Alamak! Tersalah send email kerja lah. Macam mana ni?" Pernah tak situasi ini terjadi ataupun yang paling biasa sekali apabila send email tapi terlupa nak attach files, memang parah betul. Bila dah terjadi memang tebal muka nak minta maaf dekat bos ataupun client yang besar-besar. 

Ada cara untuk nak selamatkan korang daripada malu tersalah hantar email ni. Tahu tak kewujudan ciri 'Undo Send' di aplikasi Gmail? Sebenarnya aplikasi dah mula diperkenalkan sejak 2015 lagi tapi tak ramai yang tahu guna. Ianya adalah ciri yang melambatkan penghantaran email selama beberapa saat walaupun koang dah tekan 'send.' Masih ada masa lagi untuk nak padam email tu. Berikut adalah cara-caranya:

 

1. Buka email dan pergi ke 'Setting'

 

2. Di setting, klik pada tab "General" dan pilih "Enable Undo Send." Aplikasi ini benarkan korang untuk pilih sehingga 30 saat sebelum menghantar email. Selepas 30 saat memang tidak boleh diselamatkan lagi

Lepas je korang ikut kedua-dua step ni, ianya akan berikan korang notifikasi "Your message has been sent" setiap kali korang hantar email dan akan ada pilihan untuk "Undo" atau "View" untuk setiap email yang dihantar. Jadi kalau tersalah hantar email, boleh terus klik pada "Undo". Mudah kan? Selamat mencuba!