Interviewer Ni Terkejut Sebab Masih Ada Calon Bagi Jawapan 'Merapu' Masa Temuduga. Takkan Tak 'Prepare?'
# Pengetahuan Interview

Interviewer Ni Terkejut Sebab Masih Ada Calon Bagi Jawapan 'Merapu' Masa Temuduga. Takkan Tak 'Prepare?'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 29, 2021
pada 7:59 AM

Interviewer Ni Terkejut Sebab Masih Ada Calon Bagi Jawapan 'Merapu' Masa Temuduga. Takkan Tak 'Prepare?'

Bila bercakap soal interview kerja, dah macam-macam tips yang dikongsikan dan boleh dijadikan panduan menerusi internet, buku jawapan temuduga dan sebagainya. Tapi masih lagi ada sesetengah individu tetap membuat kesilapan ketika menghadiri sesi interview kerja.

Contohnya macam kes yang dikongsikan oleh si penemuduga, Safura Azahar ni. Baru-baru ni beliau ada berkongsi pengalaman beliau menemuduga calon-calon yang ingin mengisi kekosongan jawatan dalam bidang sales. Calon terdiri daripada fresh grads, berpengalaman dan ada yang dah lama tak kerja tapi ingin bekerja semula. Tapi kesemuanya terpaksa direject! Kenapa? Haa, baca kisah beliau.

"Kesemuanya aku tak boleh nak terima atas sebab-sebab berikut : - Tak nak cakap English time interview, introduce diri takut-takut..."

"Bila tanya soalan lain, die mintak untuk jawab dalam Bahasa Melayu. Dia paham je English, cuma tak selesa ckp English. Part ni aku sedih..."

"Bukan aku judge grammar uols. Tapi paling epic, bila tanya what do you want to do in your life? Is it sales or something else? Jawapan - I think I want to work. I have to."

"Prepare, research about the company..."

"Be friendly and super please speak in English."

Sumber: Twitter @poobritney