''Nak Berjaya, Kita Kena Mula Buat Perkara Kita Tak Suka''- Ini 4 Formula Kejayaan Abang Abu
# Pengetahuan Pekerja # Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

''Nak Berjaya, Kita Kena Mula Buat Perkara Kita Tak Suka''- Ini 4 Formula Kejayaan Abang Abu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 18, 2022
pada 7:33 AM

''Nak Berjaya, Kita Kena Mula Buat Perkara Kita Tak Suka''- Ini 4 Formula Kejayaan Abang Abu

Di sebalik kisah kejayaan seseorang itu, pasti ada terselit peristiwa suka duka yang terpaksa dilaluinya sehingga dia berjaya mencapai kejayaan pada hari ini. Bak kata pepatah, bukan senang nak jadi senang. Seperti jutawan berjaya yang lain, lelaki ini turut tidak terlepas daripada ditimpa dugaan yang maha dahsyat sehingga meragut nyawa kedua ibu bapanya pada umur yang masih muda pada ketika itu iaitu 22 tahun. 

Sebut saja nama Abang Abu Mekanik Wang atau nama penuhnya Abu Ayyub Bin Al-Ansari, pasti ramai yang mengenali individu ini. Selain bergelar sebagai jutawan, beliau juga merupakan seorang motivator dan coach dalam bidang kewangan. Kehidupan yang mencabar selepas kematian ibu dan bapanya, meletakkan Abang Abu untuk tidak menoleh ke belakang lagi. 

Singkap kisah bagaimana jutawan ini bangkit daripada kisah dukanya sehingga berjaya mencipta nama seperti hari ini. 


Klik Sini Untuk Join


Ditimpa Dugaan Maha Dahsyat

''Saya hanyalah seorang lepasan SPM . Kisah hidup saya bermula apabila telah mengalami satu kemalangan yang dahsyat dan tidak dapat saya lupakan. Ayah saya meninggal dunia on the spot. Kemudian, 6 bulan selepas itu ibu saya pula meninggal dunia. Saya juga lumpuh dari leher hingga ke bawah selama 3 bulan di mana saya terlantar di hospital dan tidak boleh bergerak dan buat apa-apa. 

Semua yang datang melawat saya ketika itu sudah putus harapan termasuk juga doktor. Besar kemungkinan saya juga akan meninggal pada waktu koma itu. Kalau hidup pun anggota badan dari leher ke kaki tidak akan berfungsi. Itulah yang mereka katakan pada waktu itu.''

Permulaan Beliau Bangkit Dan Berjuang

''Pada waktu kejadian itu, usia saya masih muda. Baru saja 22 tahun tetapi telah mendapat dugaan begini. Saya mempunyai 4 orang adik dan pada masa itu adik yang paling bongsu baru berusia 7 tahun. Atas dasar tanggungjawab dan wasiat yang ditinggalkan oleh mak, dari situlah timbul seperti satu 'kekuatan' baru dalam diri saya. Suka ataupun tidak, saya kena bangkit demi sebuah tanggungjawab. 

Masa aku tiada duit dulu, apa yang aku lakukan untuk berjaya? Selalulah bertanya kepada diri kita, apa tujuan hidup kita? Kalau kita sering tanya benda ni, insyaAllah kita akan dapat jawapan. 

Paling utama kalau kita mahu berjaya dalam kehidupan, create something interesting for yourself. Walaupun anda mungkin dapat pekerjaan yang anda rasa tak sesuai dengan diri anda (tak minat), buat saja dulu. Dengan cara ini, ia akan membawa kita menemui perkara yang kita betul-betul minat.

Kadang-kadang perkara yang kita buat hari ini, bukan itu sebenarnya apa yang kita nak. Tetapi kalau kita tak mula buat perkara ini, kita tidak akan berjaya mendapatkan apa yang kita nak.''

Empat Pegangan Hidup Untuk Berjaya

Untuk kita berjaya, kita perlu ada A,B,C dan D:

1. A - AIM (Target). 

Semua orang perlu ada aim dalam hidup masing-masing. Ia adalah satu perkara yang kita ingin capai dalam kehidupan. Apabila kita jelas dengan target yang ingin kita capai tu, ia akan memberikan kita 25% daripada kejayaan.

2. B - Believe (Percaya)

Believe in the aim. Tak guna kalau kita ada target tapi kita tak percaya dengan target kita. Ramai individu yang ada aim tetapi mereka tak percaya dengan aim mereka sendiri. 50% dari matlamat kita akan tercapai jika kita yakin dengan target hidup kita.

3. C - Courage (Berani)

Kita perlu sentiasa bersedia untuk buat kesilapan, bersedia untuk menerima kritikan, bersedia untuk buat sesuatu yang orang akan cakap kita bodoh. Itu semua tak penting kerana ini membuktikan yang kita ada keberanian untuk cipta kelainan. Jadilah seorang yang unik, tak mengapa!

4. D - Do it until u get it!

Jangan sesekali berhenti dan mengalah. Just keep on doing, doing, doing until you get it! Untuk dapat DUIT, anda harus DO IT! Itulah apa yang saya amalkan dalam kehidupan saya.


''Saya tidak akan panggil diri saya jutawan selagi saya nampak saudara mara seagama saya yang masih di tepi jalan dan tidak cukup makan, selagi saya masih nampak benda ini, selagi itulah saya masih belum layak untuk menggelarkan diri saya sebagai seorang jutawan...''

Begitulah antara perkongsian bermanfaat yang dikongsikan oleh insan bergelar Abang Abu ini. Semoga kita sama-sama dapat mengikut jejak Abang Abu dan berjaya dalam kehidupan seperti yang kita inginkan.

''Kisah Benar Lepasan SPM 'Tiada Duit' Jadi Hartawan


Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 25/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja

KLIK  DISINI