Resipi Kejayaan Peniaga Barang Kemas 'Kaki Lima' Hinggalah Habib Jewel Menerpa Nama Keseluruh Dunia
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Resipi Kejayaan Peniaga Barang Kemas 'Kaki Lima' Hinggalah Habib Jewel Menerpa Nama Keseluruh Dunia

post by Aisya

by Aisya

Mar 1, 2018
pada 4:53 AM

Bercerita tentang barang kemas, khususnya wanita pasti sinonim dengan rantai, cincin, subang, gelang dan sebagainya.  Kalau di Malaysia ini siapa yang tak kenal dengan nama Habib Jewel. Nama besar dalam industri barangan kemas dan penjualan berlian sebagai perhiasaan diri.

Kita melihat Habib Jewel setanding dengan produk luar negara. Nampak gah, mewah, berkualiti dan berprestij. Malah ia juga merupakan syarikat barang kemas berlian pertama di Malaysia yang tersenarai dalam bursa saham. Hebat kan? Tapi korang tahu tak macam mana ia bermula?

Sejarah syarikat Habib Jewel 

Nama asal syarikat Habib Jewel adalah M.A Habib Mohamed yang diasaskan pada tahun 1958 oleh Datuk Haji Habib Mohamed.

Operasi perniagaan ini pada asalnya adalah secara kecil-kecilan di Pitt Street, Pulau Pinang. Sebelum itu,beliau hanyalah seorang pekerja di sebuah kedai emas. Tidak lama kemudian, beliau memutuskan untuk mempunyai bisnes sendiri.

"Pembabitan dalam bidang perniagaan barang kemas bermula secara kecil-kecilan saja. Saya memilih perniagaan emas kerana tidak perlu
bersusah payah di tengah panas membanting tulang, dan lagi pun, emas itu sendiri memang tidak pernah turun harga." - Datuk Haji Habib Mohamed.

Menurut beliau lagi, pada mulanya dia hanya mengambil barang kemas daripada kedai pajak dan dia akan bersihkan ia menjadi cantik lalu dijual kepada kedai emas lain, seperti pemborong. Dan lama kelamaan perniagaannya yang kecil tu menjadi besar.

"Ketika itu memang saya tidak mempunyai sebarang idola dan hanya memikirkan untuk membuka perniagaan barang kemas pada harga berpatutan saja
mengikut cara perniagaan yang saya aturkan sendiri rentaknya. Lagipun pada masa itu perniagaan bersifat untuk menyara hidup saja.
Tidak sangka ia bertambah laris." - Datuk Haji Habib Mohamed.

Apabila perniagaan berkembang, dia pun membuka dua cawangan kedai baru tapi malangnya, sambutan pelanggan terhadap kedai-kedai barunya tidak memberansangkan seperti kedainya yang pertama. Akhirnya dia pun tutup kedua-dua cawangannya yang baru tu. 

Tapi beliau tak pernah mengalah dan serik apabila beliau sekali lagi mencuba nasib dengan membuka cawangan baru di Semua House, Kuala Lumpur. Daripada situlah beliau cuba untuk membuat dan mereka sendiri barangan kemas daripada bahan mentah yang dibeli.

Resepi kejayaan Habib Jewel

Beliau menghasilkan produk yang diingini wanita seperti bercorak flora dengan hasil yang berkualiti. Pada beliau, kualiti produk yang baik adalah asas untuk terus bertahan dalam perniagaan.

Saya mempunyai lima anak dan yang tunggal lelaki ialah Meer Sadik (Datuk) yang mengambil jurusan perniagaan.
Meer pada masa itu juga meminati bidang pengiklanan. Beliau sangat percaya terhadap pelaburan di dalam kegiatan pemasaran dan pengiklanan
melalui media massa dan sangat agresif memasarkan Habib menerusi radio dan televisyen.

Sejak situ, saya perhatikan, pelanggan semakin ramai mengunjungi bilik pameran Habib. Beliaulah menggalakkan pengiklanan
yang mana sebelum itu memang tidak pernah saya lakukan. Saya fikir kombinasi antara didikan moden dan cara tradisional
membina perniagaan menjadi kombinasi unik dan bermanfaat." - Datuk Haji Habib Mohamed.

Turut melakukan pelbagai pekerjaan lain

Menurut Datuk Haji Habib Mohamed lagi, bukan mudah untuk dia mengekalkan perniagaannya tu. 

"Saya berusaha menampung kos dengan melakukan pelbagai kerja seperti membuka kedai bunga, kedai menjual kekabu bantal serta serbuk kopi.
Saya memang berusaha keras dan percaya sesiapa saja atau dalam bidang apa sekalipun anda ceburi,
sekiranya anda berusaha, tentu akan mendapat ganjarannya." - Datuk Haji Habib Mohamed.

Strategi pemasaran 

Perniagaan Habib Jewel mendapat nafas baru apabila anak beliau, Meer mengambil alih perniagaan ini sebagai "Pengarah Urusan".  Mereka banyak berhabis untuk strategi pemasaran Habib Jewel yang mencecah ratusan ribu ringgit yang mungkin nampak mahal akan tetapi itu adalah strategi yang sangat efektif untuk jangka masa yang panjang bagi jualan dan penjenamaan.

Kalau korang nak tahu, Habib Jewels kini mempunyai lebih daripada 18 cawangan di seluruh negara. Mereka juga berjaya menembus pasaran di luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan Indonesia. Mereka juga sentiasa aktif membuat kajian tentang rekaan dan pasaran yang terkini untuk sentiasa menjadi pesaing yang hebat.

Bukan setakat tu je, Habib Jewel juga turut bekerjasama dengan syarikat luar negara yang lain seperti syarikat Heart On Fire.

Walaupun mengalami naik turun dalam perniagaan, usaha keras mereka membolehkan syarikat dapat bertahan dengan kukuh dan walaupun sewaktu negara mengalami kemelesetan ekonomi. Bermula dengan kedai kecil di Penang, jenama ini sudah tersohor di luar negara hasil kombinasi hasil keras, ilmu, kemahiran dan komitmen pemilik dan syarikat untuk terus maju kehadapan.

Semoga cerita ni dapat memberi inspirasi kat korang diluar sana yang ingin mengembangkan lagi perniagaan. Good luck!