Fresh Grad, Jangan Buat 7 Kesilapan Ni Dalam Uruskan Kewangan, Parah Nanti!
# Gaya Hidup

Fresh Grad, Jangan Buat 7 Kesilapan Ni Dalam Uruskan Kewangan, Parah Nanti!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 22, 2021
pada 7:33 AM

Fresh Grad, Jangan Buat 7 Kesilapan Ni Dalam Uruskan Kewangan, Parah Nanti!

Pengurusan wang yang bijak adalah penting bagi menjamin seseorang itu mampu meneruskan hidup. Selain bijak berbelanja, seseorang itu perlulah ada simpanan sebagai wang kecemasan.

Namun, tanpa guideline yang betul, kita tidak akan berjaya megawal perbelanjaan kewangan kita dengan cara yang sepatutnya. Apakah kesilapan paling common yang selalu dilakukan oleh fresh grad berkaitan kewangan? Apa perkara yang perlu dielakkan oleh fresh grad supaya tak tersilap langkah dalam menguruskan wang?

Kami bantu senaraikan 7 kesilapan yang sering dilakukan oleh fresh sewaktu menguruskan kewangan.

 

1. Terlalu Kuat Nafsu Shopping

Biasa la kan bila dah dapat gaji mesti korang nak reward diri korang kan. Tapi tak payah lah ikut sangat nafsu tu. Orang lain pakai iphone korang pun nak gak. Lepastu setiap hari pergi lepak kedai hipster.

Korang kena lah tahu bezakan kehendak dan keperluan. Tak salah pun reward diri sendiri tapi ukur baju di badan sendiri lah. Hidup kena pandai berjimat cermat so duit kita pun selamat

 

 

2. Buat Personal Loan Untuk Kahwin

Kahwin boleh tapi jangan lah buat personal loan dengan bank. Kalau korang buat personal loan makin bertambahlah beban hutang korang nanti. Mana nak bayar kereta rumah sewa lagi.

Apa yang korang boleh buat ialah kerja keras kumpul duit buat tabung kahwin. Takpun cara ekpressnya buat ASB FINANCING dengan bayaran RM 100,000 dengan bayaran bulanan RM 54O sebulan. Tempoh pembiayaan 30 tahun pada kadar promosi 5.05% bank profit. Lepas 3 tahun, dengan purata dividen tahunan 7.00% korang boleh dapat RM27,000.

Cuba bayangkan korang keluarkan:
RM540 x 36 bulan = RM19,440.
Untung korang RM27,000-RM19,440 = RM7560 !! Rugi kalau tak gunakan kelebihan ASB Financing ni.
 

 

3. Tiada perlindungan Takaful

Ramai yang tak nak ambil takaful sebab rasa diri ni belum perlu ambil lagi. Cuba bayangkan kalau berlaku kecemasan pada masa depan. Korang boleh letakkan komitmen 5% ke 10% je untuk Simpanan Perlindungan ni. Kat mana korang boleh simpan?

  • Takaful Hayat (Life Takaful)
  • Kad Perubatan (Medical Card)


Setiap hari kita berhadapan dengan ketidakpastian atau risiko. Jadi penting tabung perlindugan ni.
 

 

4. Buat Tidak Tahu Dengan Hutang PTPTN

Yang ni ramai yang buat. Bila dah kena blacklist baru nak menangis sebab tak boleh pergi travel luar negara. Korang tahu tak sekarang ni kalau bayar PTPTN secara bulanan boleh dapat 10% diskaun? Tapi ada lah caranya.
Dan korang pun boleh dapat rebate dan diskaun bila bayar PTPTN ni? Kalau tak tahu please update dengan orang PTPTN ya. Pastikan sekurang-kurangnya boleh dapat diskaun.

 

5. Tidak Buat Simpanan 10% Dari Gaji

 

Tolong la rajin2 kan diri buat simpanan setiap kali dapat gaji untuk kegunaan kecemasan nanti. Setiap kali dapat gaji, terus asingkan untuk duit simpanan 10%. Contoh lah gaji korang RM2,500, setiap bulan terus asingkan RM250 ke akaun ASB takpun Tabung Haji. Buat selama 4 tahun, duit simpanan korang dah ada RM12,000! Belum termasuk dividen dan bonus lagi.

 

6. Beli Kereta Ikut Nafsu

 

Nak nampak bergaya punya pasal ada fresh graduate yang sanggup beli kereta mahal. Untuk permulaan ni pakai dulu public transport, atau kalau boleh carpool dengan kawan pon okay atau kalau kena juga beli kereta, beli yang korang ‘mampu’ ya, jangan beli yang korang ‘layak’ tapi tak ‘mampu’.
 

 

7. Tiada Ilmu Untuk Simpanan Pelaburan

Sebenarnya banyak je tempat simpanan pelaburan yang korang boleh pilih selain simpan dalam saving account je. Contoh la admin bagi, simpan dalam saving account hanya 0.1% ke 0.5% sahaja, dibandingkan dengan simpan di ASB biasa 7% purata setahun. Nak lebih bijak, simpan di ASB Financing dapat dividen 7%-10% setahun. Ikut korang la mana satu yang korang rasa terbaik untuk buat simpanan. Janji korang tahu matlamat kewangan korang!