Malang Tidak Berbau. Itu pepatah paling kerap digunakan ketika seseorang mengalami kemalangan. Apa sahaja kemalangan sama ada kecelakaan di jalan raya atau di tempat kerja. Semua pekerja wajib mencarum bersama PERKESO. Biasanya melalui potongan gaji. Menjadi kesalahan kepada majikan jika tidak mencarum. Korang perlu perhatikan pada slip gaji maklumat caruman PERKESO. Pastikan tertulis ada potongan dengan PERKESO tau. Semua orang tidak mahu terlibat dalam kemalangan. Namun, takdir menentukan kita mungkin berdepan dengan musibah di jalan raya. Apa yang perlu korang lakukan? Disini min kongsikan 4 langkah mudah membuat tuntutan kemalangan mengikut caruman perkeso.