Jangan Terkejut 10 Jenama Popular Ini Adalah Buatan Malaysia
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Jangan Terkejut 10 Jenama Popular Ini Adalah Buatan Malaysia

post by Aisya

by Aisya

Oct 26, 2021
pada 10:01 AM

Ada orang kalau beli barang dia tahu asal usul barang tu. Ada yang main beli je tak kisah pun barang tu dari mana. Tapi korang jangan ingat semua jenama kat pusat membeli belah tu dari luar negara. Banyak je sebenarnya yang made in Malaysia. Cuma kita je tak tahu. Jadi kali ni kitorang nak kongsikan dengan korang jenama yang  tak disangka pun sebenarnya dari negara kita sendiri.

1. Bonia

Jenama Bonia memang asal dari Malaysia dan bukannya dari Itali. Konsep dan inspirasinya cuma ke arah Itali dalam rekaan mereka ini. Bonia Coporation Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1971 oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan SS Chiang.

Pada tahun 1977 beliau melawat Pameran Perdagangan di Bologna, Itali di mana beliau telah diilhamkan oleh karya seni pengukir abad ke-16, Giambologna.

Selain itu, BONIA jugak turut memiliki lesen untuk mengedarkan jenama-jenama lain – Santa Barbara Polo & Racquet Club, Austin Reed, Valentino Rudy, Jeep, The Savile Row Company, Braun Buffel, Pierre Cardin, Bruno Magli, Enrico Coveri, Renoma Cafe Gallery dan Renoma.

2. San Francisco Coffee

Kalau kampung kat Pahang boleh bagi nama New Zealand, kafe kat Malaysia pun boleh bagi nama San Fransisco!

Pemiliknya dahulu seorang warganegara Amerika dan menetap di Malaysia agak lama. Kegemaran beliau terhadap kopi yang membuatkan beliau membuka perniagaan ini pada 1997 dan diberi nama San Francisco Coffee.

Cafe ni dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd. dibawah Datuk Abdul Rahim Zin. 

3. Ogawa

Ogawa bukan jenama dari Jepun ataupun Korea Selatan. Ia adalah Made In Malaysia. Pemilik Ogawa, Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian merupakan rakyat Malaysia yang membina jenama Ogawa ini pada tahun 1996 sehingga ke hari ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia kena ucapkan terima kasih kepada mereka kerana dengan adanya mereka adalah kerusi urut yang selesa walaupun kosnya agak mahal.

4. British India

 

British India bukan daripada British, India, ataupun mana-mana kawasan lain yang berada di antara mereka.

Ia telah ditubuhkan pada 1994 dan diasaskan oleh Pat Liew. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam arena fesyen ni merupakan nadi pada jenama British India. Kini British India mempunyai lebih daripada 40 outlet di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina. Apa yang diterapkan dalam konsep rekaan bajunya adalah jenis Classic, Yoga, Traveler, Adventure dan sebagainya.

 5. Beryl’s

 

Satu lagi produk tempatan yang popular iaitu coklat Beryl’s. Namanya diambil semperna nama klasik kanak-kanak perempuan yang bermaksud batu permata jenis bersih dan cerah.

Beryl’s Chocolate telah ditubuhkan pada 1995 dengan menggunakan koko dari Ghana. Pengasasnya merupakan seorang penduduk peribumi dari Sarawak dan ia mempunyai lebih 70 jenis coklat termasuk perisa durian dan cili.

6.The Manhattan FISH MARKET

 

Dah terang-terang nama kedai tu “The Manhattan FISH MARKET”, bukan “Pasar Ikan Kuala Selangor”. So mesti la asal dari Manhattan kan? Eh jangan cakap kuat-kuat luar, malu dengar dek orang nanti.

Restoran ini diinspirasikan dari sebuah restoran Fulton Fish Market berusia 180 tahun di Brooklyn. Ia diasaskan oleh George Ang dan Dr Jeffrey Goh.

“Ramai orang yang terkejut apabila mereka mengetahui The Fish Market Manhattan adalah jenama Malaysia. Apa yang buatkan mereka hairan ialah bagaimana kita boleh lakukannya dalam tempoh masa yang singkat je.”- George Ang. Dipetik dari The Star.

7. Jefferson

Jefferson merupakan sebuah jenama yang mempamerkan trend fesyen terkini. Dengan potongan baju dan jeans yang slim fit, jenama ni memang kena dengan citarasa remaja Malaysia. 

Sejarah Jefferson berbalik ke tahun 1980an dimana jahitan secara customised merup[akan suatu trend di Pulau Pinang, dengan ribuan pelanggan berpusu ke Jefferson bagi mendapatkan servis tersebut. 

Namun kini outlet Jefferson dapat dilihat diseluruh negara.

8. Lewré

 

Ramai yang tahu Jimmy Choo seorang rakyat Malaysia. Tapi tahu tak yang jenama Lewré juga dari Malaysia?

Ia diasaskan oleh Datuk Lewré Lew pada tahun 1997 yang juga anak murid Jimmy Choo. Kini rekaannya ada di seluruh dunia.

9. Padini

 

Padini antara jenama kegemaran rakyat Malaysia memandangkan harganya yang berpatutan dan banyak pilihan. Di bawah Padini Holdings Bhd terdapat juga jenama lain seperti Seed, P&Co, PDI, Miki, Vincci dan Brands Outlet.

10. Vochelle

Selain dari Beryl’s, kita pun ada lagi kilang coklat lain yang popular taraf antarabangsa jugak iaitu Vochelle.

Vochelle diedarkan oleh Maestro Swiss, (bukan dari Switzerland ye)  sebuah syarikat yang pesat berkembang dalam pengilangan, penjualan dan pemasaran dalam industri makanan dan minuman kat Malaysia. Ibu pejabat dan kilangnya bertapak kat Pulau Pinang tapi Pejabat Jualan dan Pemasarannya kat Petaling Jaya.

Untuk maklumat korang, Maestro Swiss ni jugak mengeluarkan minuman Vico, yang majoriti semua orang tahu ia dari Malaysia. Kini produk dorang ni dah dieksport ke lebih 20 buah negara antarabangsa.


Jom sertai Genting Skyworlds! Lebih 170 jawatan kosong disediakan. 

Pihak genting akan berada di seluruh semenanjung Malaysia untuk mengadakan sesi temuduga terbuka. Jika berminat, klik link dibawah untuk mengetahui Lokasi, Masa, sesi temuduga di negeri anda!