Pakar HR Jelaskan 7 Tips Yang Fresh Grad Perlu Buat Kalau Nak Mohon Kerja
# Pengetahuan Interview

Pakar HR Jelaskan 7 Tips Yang Fresh Grad Perlu Buat Kalau Nak Mohon Kerja

post by Izuan

by Izuan

Mar 18, 2022
pada 8:22 AM

Pakar HR Jelaskan 7 Tips Yang Fresh Grad Perlu Buat Kalau Nak Mohon Kerja

Disebabkan terlalu gelisah agar tak nak 'hanyut' dalam dunia pengangguran, ramai graduan muda memohon kerja secara 'hentam tuli', sebenarnya mereka tak sedar bahawa tindakan inilah langkah awal untuk mereka hanyut. Itulah berlakunya ramai graduan masih belum bekerja biarpun berbulan lamanya malah mencecah tahun.

Graduan muda harus tahu, taktik-taktik untuk mencari kerja dengan baik, kaji selidik harus dilakukan sebelum membuat tindakan. Disebabkan itu seorang Pakar HR yang lebih dikenali sebagai Salwa Azlan ini terdetik hati ingin kongsikan tindakan yang harus dilakukan oleh graduan muda selepas beliau memberi pesanan kepada mahasiswa UM "Hantar Resume bukan Perjudian" dalam sebuah karnival kerjaya tahun lalu.

[Hantar Resume bukan Perjudian]

Tersentap pelajar di Karnival Kerjaya UTM arini bila saya pesan; ' Hantar Resume bukan Perjudian'.

Kenapa saya pesan begini? Ya, kita tak boleh hantar resume kepada semua syarikat & bergantung kepada 'nasib'. Jika nasib baik, dapatlah panggilan temuduga. Ada pelajar mengadu kepada saya, dah 20 kali hadiri temuduga, tapi satu pun tak berjaya. Oh tidak!

Saya nak kongsi tips buat mereka yang sedang mencari kerja:

1. Kenali MINAT anda. Jika minat nak jadi Jurutera, fokus kepada syarikat yang anda nak, bidang kejuruteraan manakah yang anda nak fokuskan.

2. Buat kajian syarikat yang anda nak bekerja. Kenali SYARIKAT tersebut seperti anda nak meminang si anak dara.

Mesti tak semberono je kan? Kajian dibuat hingga ke susur galur keturunan pun anda nak kaji. Inikan pula tempat anda nak cari 'Rezeki yang Halal lagi Berkat' aka 'Periuk Nasi'.

3. Senaraikan syarikat yang anda nak sangat-sangat kerja. Shortlist kepada 5 syarikat sahaja.

4. Hantar resume ke syarikat tersebut melalui pelbagai kaedah. Hantar kepada HR & Ketua Jabatan. Tuliskan nama pegawai terlibat. Nak tau? Buat research. Bukan tesis je nak kena buat research ye.

5. Kenali nama 'HR' yang menguruskan jawatan anda. Hubungi melalui emel/telefon. Tanya beliau akan jawatan kosong yang terlibat.

6. Nyatakan jawatan spesifik yang anda nak mohon. Contoh: (convert kepada English ya!)
Kepada: En Ahmad Maslan, Ketua Jabatan Commissioning.
Tajuk: Memohon jawatan Jurutera Mekanikal di Jabatan Commissioning.

7. Follow up HR/ Ketua Jabatan tentang resume yang anda hantar. Tanya bila sesi temuduga akan diadakan. Telefon sekali sudah memadai. Yang penting, perkenalkan diri. Sell/ market yourself!

Last but not least, pilihlah kerja yang anda minat. Kita akan lebih bahagia lakukan perkara yang kita sukai. Ingat, hantar resume kena gunakan teknik & strategi yang betul.

Like & Share! Moga bermanfaat