Pesanan & Tips Berjaya Dari Orang Melayu Terkaya Di Malaysia, Syed Mokhtar Al-Bukhary
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Pesanan & Tips Berjaya Dari Orang Melayu Terkaya Di Malaysia, Syed Mokhtar Al-Bukhary

post by Aisya

by Aisya

Aug 18, 2021
pada 7:59 AM

Pesanan & Tips Berjaya Dari Orang Melayu Terkaya Di Malaysia, Syed Mokhtar Al-Bukhary

Siapa yang tak kenal dengan Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau merupakan satu-satunya usahawan bumiputera yang pernah tersenarai dalam top 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2016. Kekayaan beliau sebenarnya meningkat dari RM5 bilion (2016) kepada RM5.25 billion pada tahun 2017. Beliau tersenarai di kedudukan ke 14 orang paling kaya di Malaysia pada tahun lepas. 

Beliau terkenal dengan sifat dermawan ni mempunyai aura yang tersendiri dalam merencana bisnes yang diusahakannya sehingga berjaya. Kredibiliti dan keunikan sifatnya yang diasuh dari kecil menjadikan beliau jutawan Malaysia. Jom kita semak apa pesanan beliau kepada golongan usahawan.

1. Tiada jalan singkat 

Nak kaya dan berjaya? Memerlukan masa yang lama. Jalannya penuh berliku dan prosesnya boleh membuatkan korang kaku. Ya, tiada jalan singkat untuk ke situ. Galilah kisah-kisah kejayaan para usahawan terdahulu, tiada jalan singkat yang dapat mereka tuju untuk kaya dan berjaya sebegitu.

Persediaan emosi dan fizikal itu perlu. Kerana jalan yang akan dilalui adalah satu proses yang sangat memerlukan kekuatan dalaman supaya korang tidak hanya separuh jalan je. Jangan pernah rasa mengalah kerana jika korang tersesat, pasti akan ada jalan keluar. Teruskan berjalan jika korang yakin dengan keputusan yang diambil.

2. Jangan kedekut

Semua orang kenal dengan status beliau sebagai seorang dermawan hebat. Kerana prinsipnya inilah, rezeki yang dikecapinya berkat dan melimpah-limpah hasil ketelusannya dalam menderma. Jika korang hanya mempunyai nilai wang yang kecil, tidak mengapa, pupuklah jiwa untuk selalu memberi.

Kerana sekecil-kecil pemberian itu, adalah nikmat terbesar untuk mengolah rezeki anda bercambah dan barakah. 

3. Bergabung dan bersatu dalam membantu

Bergabung dan bersatu dalam membantu bukan menjatuhkan. Ce korang tengok macam mana orang Cina berkembang dalam bisnes mereka dengan mudah tanpa ada masalah. Kerana mereka bergabung dan bersatu membantu kaum mereka yang sama-sama berniaga. Begitu juga yang perlu diamalkan orang Melayu.

4. Bersihkan bisnes dengan bayar zakat

Nak kaya dan berjaya perlulah minta pada Yang Maha Esa. Pastikan bisnes korang sentiasa membayar zakat fitrah yang telah ditetapkan, Allah akan gandakan rezeki dalam bisnes buat anda.

Ini adalah kerana redha Allah sangat penting bagi memastikan bisnes anda sentiasa berada pada landasan yang direstuiNya. 

5. Jaga kebajikan pekerja

Jangan ambil mudah soal ini. Pekerja adalah penyumbang kita jadi kaya dan berjaya. Hargai dan hormatilah permintaan mereka sebaiknya. Buang ego sebagai bos.

Perniagaan ini juga ibarat roda, tidak selamanya korang berada di atas, tetapi jika korang berada di atas, korang menghargai pekerja, dan satu masa bila korang terpaksa berada di bawah, pasti pekerja akan bersama-sama untuk menaikan semula di atas.

6. Ubah cara berfikir

Nak jadi orang kaya dan berjaya kenalah fikir seperti orang kelas pertama. Kemunduran dalam proses berfikir perlu dibuang sejauh jauhnya. Jangan lagi tersempit dalam ruang likup pemikiran yang sia-sia. Korang perlulah berfikiran hebat dan matang dan paling penting mestilah fikiran tu jauh ke depan.

7. Berilah masa untuk faham selok belok bisnes

Beliau mengambil masa selama 34 tahun untuk faham segalanya tentang selok beluk bisnes. Jadi, jika korang tu baru bawah lima tahun dah rasa hebat dan faham semuanya, bererti korang gagal pada fasa pertama. Jangan mendongak ke langit.