5 Cara Terbaik Untuk Rasa Bahagia Walaupun Hidup Penuh Tekanan!

5 Cara Terbaik Untuk Rasa Bahagia Walaupun Hidup Penuh Tekanan!

post by null

by Admin

Mar 28, 2016
pada 3:43 PM

 Ramai yang merungut, bengang dan kecewa dengan taraf kehidupan yang serba meningkat sekarang. Bukan apa, dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, stress tau jadinya! Bukan anda je yang merasa, kami turut merasai tekanan tersebut. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan. Jadi, kami nak share tips untuk anda sentiasa gembira walaupun bergaji kecil dan hidup dalam penuh tekanan ini!

1. Meditasi 10 Minit Sehari

bagaimana-cara-bermeditasi-3-size-3 tahukan anda bahawa kita dapat mencari ketenangan walaupun hanya berada dalam keadaan yang sunyi. Cuba cari tempat yang paling anda suka dirumah, pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam. Ulangi perbuatan ini selama sekurangnya 10 minit. InsyaAllah anda akan berasa tenang dan damai.

2. Berikan Senyuman Kepada Orang Lain

make-others-smile-facebook-cover-photo Senyuman dapat membantu anda menceriakan hari anda. Selain itu, senyuman juga mampu membangkitkan aura positif dalam diri kita tau! Senyumlah walaupun anda tidak mengenali sesama lain. Dalam Islam pun ada berkata bahawa senyum itu sedekah. Kan? location-based_14

3. Jangan Takut Untuk Memasang Impian

tumblr_mjlw3iQ74f1ruvofso1_400 Impian merupakan sesuatu yang kita ingin capai. Jangan takut untuk mempunyai impian kerana ia akan menjadikan anda lebih menghargai setiap moment yang anda lalui. Dengan impian, anda akan berusaha lebih gigih demi merealisasikan impian anda.

4. Berbicara Dengan Orang Lain

speak-in-sch-a-way-that-others-love-to-listen-to-you Tak semestinya anda harus berbicara bersama teman-teman yang anda kenali. Apa kata, sekali sekala anda cuba berborak dengan mereka yang lebih berusia dan juga kanan-kanak yang jauh lebih muda dari anda. Dengan ini, banyak yang boleh anda pelajari melalui pengalaman dan reaksi orang lain. Kadangkala, dalam hidup memerlukan pemerhatian untuk menjadikan kita inan yang lebih baik.

5. Hubungi Orang Yang Anda Sayang Walaupun...

anigif_enhanced-buzz-29588-1379863953-1 Hubungi orang yang anda sayang walaupun anda tak ada apa-apa perkara penting untuk dibincangkan. Kenapa? Kerana dengan menghubungi dan dengar suara orang yang paling kita sayangi dapat menenangkan hati kita yang sedang runsing. location-based_16 Akhir kata, untuk menjadi seorang yang bahagia, anda hanya perlu set dalam minda yang anda ingin bahagia. Belajar bersyukur dan sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi.