Kalau Nak Tahu Tayar Dah Botak Sebenarnya Bukan Tengok Bunga Tau, Rujuk Sini!
# Gaya Hidup

Kalau Nak Tahu Tayar Dah Botak Sebenarnya Bukan Tengok Bunga Tau, Rujuk Sini!

post by Nazatul

by Nazatul

Aug 19, 2021
pada 7:46 AM

Kalau Nak Tahu Tayar Dah Botak Sebenarnya Bukan Tengok Bunga Tau, Rujuk Sini!

Selama ini kami sendiri akan tengok bunga tayar, bila dah nampak haus maknanya kena tukar, tapi berbeza pula dengan apa yang dikatakan oleh Akmal Amri ini, perkongsian dia ini bernas juga. Mesti korang semua terutamanya perhatikan bunga yang melintang tu kan?

Rupanya salah sebenarnya, ya lah kalau tanya kedai kebanyakannya sah-sah la akan mengiyakan apa kemusykilan kita, nak kaut untunglah katakan. Jadi, lepas ni rajin-rajin lah belek tayar kereta tu jangan dah haus sampai terkoyak baru nak tukar.

CARA MENGENAL TAYAR BOTAK
========================

 

Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.

Salah sebenarnya tu.

Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.

Apa maksud tayar botak?

Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.

Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu

Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.

Semoga bermanfaat..

Sumber : Akmal Amri

Tayar botak. Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ni guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi

Tayar hampir botak. Mungkin 80-90%

Tayar hampir botak. Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ni haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul. Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.

Tayar baharu. Begitu dalam sekali penanda botak tu

Tayar baharu. Begitu dalam sekali penanda botak tu ditenggelami oleh jalur tengah. Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ni.

Tayar botak. Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi

\

Tayar belum botak, mungkin 30%. Tak lama dah ni kena tukar