6 Tips Licik Untuk Elak Kereta Daripada Dicuri!
# Gaya Hidup

6 Tips Licik Untuk Elak Kereta Daripada Dicuri!

post by sofea

by sofea

Nov 14, 2021
pada 8:31 AM

Kes kecurian kereta tak pernah sunyi daripada media sosial, kalau tak setiap hari, setiap minggu mesti ada sahaja post berkaitan kehilangan kenderaan. Untuk mengelakkan perkara ni daripada terjadi kepada diri sendiri ikutlah tips-tips efektif ni yang mungkin masih tak ramai terfikir!

1. Buat Tanda Pada Permukaan Cermin Kereta

Tak kisahlah cermin sisi, cermin depan, cermin belakang, kalau boleh semua set cermin kereta korang tu tulis nombor identifikasi yang menjadi simbol ianya kereta korang dan mustahil untuk ada pada kereta lain kat Malaysia ni. Nombor ni juga dipanggil sebagai nombor VIN. 

Khidmat untuk buat benda macam ni kat kereta tidaklah begitu mahal. Bila orang yang nak mencuri nampak, mereka akan terfikirkan bajet yang kena dikeluarkan untuk betulkan cermin. Ini akan mengurangkan keuntungan si pencuri, jadi, tak jadilah mereka nak curi. 

2. Letakkan Handphone Yang Korang Dah Tak Nak Pakai Dalam Kereta

Kalau korang pergi ke mana-mana lokasi yang tak diyakini keselamatannya, gunakanlah cara ni.

Korang sorokkan phone lama dalam kereta. Sebelum tu, pastikan phone ni hidup dan on internetnya. Phone ni juga kena di 'synchronize' (gabungkan) dengan akaun Google korang terlebih dahulu: log in emel.

Bila korang nak cari lokasi kereta, gunakan fungsi "Find my phone" dan korang akan menjumpai lokasi phone (dan kereta) tu tadi. 

3. Arahkan Tayar Kereta Pada Bendul Jalan ("Curb") / Dinding Tempat Parking

Pihak polis menggalakkan korang parking dengan tayar menghadap bendul / dinding sebelah tempat korang park tu. Ini untuk menyusahkan orang yang nak mencuri menggunakan tow truck. 

Sebabkan tahap kesusahan nak tarik kereta korang dengan tayar senget macam ni, diorang pasti akan give-up!

4. Balut Kunci Dengan Aluminium Foil

Korang tahu tak sebenarnya wujud gajet yang boleh mengesan signal kunci. Dan ini banyak digunakan oleh pencuri-pencuri kereta!

Pencuri dapat mengesan dan 'mengganggu' signal daripada kunci kereta dengan hanya menggunakan gajet ni. Namun, mereka yang pakar mengatakan yang gajet ni tak dapat mengganggu kunci yang dibalut/dikelilingi dengan sesuatu yang bersifat 'besi' contohnya:

  • Aluminium foil
  • Peti ais
  • Microwave oven

Korang boleh tengok macam mana pencuri boleh curi kereta hanya dengan pakai satu alat ni dalam hanya 20 saat!

5. Jangan Buat Kereta Korang Menjadi 'Easy Target'

Kalau dah buka tingkap kereta macam ni, memang memohon dicurilah kan?

Berdasarkan statistik, kebanyakan kereta dicuri daripada kawasan-kawasan parking kereta awam, stesen minyak dan berdekatan ATM. Ini adalah nasihat pakar:

  • Lihat dalam dan bawah kereta sebelum duduk dalam kereta.
  • Jangan travel seorang diri terutama pada waktu malam.
  • Percaya dengan kata hati korang - kalau rasa ada sesuatu yang tak kena, tinggalkan tempat tu cepat.
  • Jalan di laluan/lane tengah.
  • Kalau ada seseorang yang diragui menuju ke arah korang, korang gerak jauh dari tempat tu dengan berhati-hati.
  • Jangan berhenti untuk membantu orang tak dikenali.
  • Kalau berhenti, pastikan ada ruang untuk kereta mudah dipecut/ bergerak.

 

6. Jangan Tinggalkan Kunci Dekat Dengan Pintu